Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

24 Disember 2010

Hendak Renew Lesen GDL atau PSV

Kebanyakan pemegang lesen memandu GDL atau PSV masih belum tahu akan peraturan baru yang diguna pakai oleh JPJ Selangor baru-baru ini. Peraturan tersebut adalah atau iaitu apabila seseorang pemegang lesen GDL atau PSV lesen CDLnya tempoh hidupnya hendaklah melebihi 1 tahun. Sekiranya kurang tak boleh renew. CDL kena tambah 1 tahun dulu. Begitu juga bagi yang permohonan lesen GDL/PSV baru. Apa punya peraturan ni. Ini dah dikira menyusahkan rakyat. Adakah arahan ini datangnya dari Ibu Pejabat atau Kementerian. Kalau bukan pihak yang bertanggungjawab....sila pantau,....ambil tindakan.... supaya tidak menyusahkan.

JPJ Melawat Ke IM ManduCekap





































JPJ akan datang melawat ke Institut ManduCekap di Shah Alam pada 28.12.2010.

08 Disember 2010

Sistem no giliran di kaunter JPJ

Pihak JPJ telah memperkenalkan sistem nombor kepada kepada semua ejen sekolah memandu dan juga kepada ejen syarikat yang lain untuk membuat urusan lesen memandu dan cukai jalan. Tapi sistem nombor yang diperkenalkan adalah menyakitkan mata dan hati saya. Manakan tidak.........


Sebagai contoh .... Ejen A, B, C, D, E, terdapat lima ejen di situ. Saya adalah ejen F. Bila saya ambil no giliran, no saya contohnya 20. Masa mununggu lagi 20 lah. Cuba lihat apa yang berlaku. Terdapat hanya 6 ejen termasuk saya tapi giliran menunggu masih 20. Rupa-rupanya ejen A hingga ejen E telah mengambil nombor giliran banyak kali. Lepas ejen A buat lesen hingga ejen E, maka ejen A buat lagi mengikut pusingan mereka yang yahudi tu.Kalau beginilah caranya baik pihak JPJ jangan perkenalkan sistem ni. Menyusahkan. Terasa saya seperti di buli. Takanlah saya hendak membazirkan masa menunggu ejen A hingga E tadi buat lesen sehingga JPJ tutup kaunter. Pihak yang bertanggugjawab sila pantau................ ingat apa itu objektif JPJ.

05 Disember 2010

Lesen Gerenti Lulus.

Setiap kali calon yang datang untuk mendaftar samada melalui telefon atau sebagainya soalan pertama yang di tanya adalalah ' ni gerenti lulus ke'. Kadang-kadang saya pun tak paham dengan ayat tersebut. Saya tanya balik ' gerenti yang macam mana tu. '. Gerenti sampai lulus la bang. Baru lah saya faham yang dimaksudkan oleh calon tersebut. Ini adalah hasil penagan  promosi yang dilancarkan oleh Metro Driving Akademi. Namanya gah satu Malayu. Sape yang tak kenal dengan Merto. Sampai KL Rapid pun nak dibelinya. Seperti yang kita ketahui trademark Metro adalah Gerenti Sampai Lulus. Ikalanya berada di mana-mana, dibelakang bas, dibelakang majalah, di stesen radio dan sebagainyalah. Maksudnya di sini walaupun anda gagal ujian memandu, anda kena ambil ulangan lah sampai anda lulus ujian memandu. Harga yang dikenakan juga pun memang berbaloi-baloi lah. Kalau harga RM 770 mana nak dapat pakej gerenti sampai lulus. Kalau tak silap saya harga yang dikenakan oleh Metro Driving adalah RM 1399. Kalau tak silaplah. Kalu silap tolong betulkan. Harap maaf. Diharap kepada semua calon faham dengan ayat gerenti sampai lulus.

04 Disember 2010

Umur untuk mengambil lesen memandu.

Untuk lesen memandu motorsikal 16 tahun.
Untuk lesen memandu kereta 17 tahun.
Untuk lesen memandu lori dan vokasional 21 tahun.

28 November 2010

Ujian Memandu Viva vs Kancil

Seperti sedia maklum kereta kancil sudah tidak dikeluarkan lagi. Jadi kebanyakan Institut Memandu akan membeli kereta Viva untuk tujuan pengajaran dan juga ujian memandu. Jadi bagi pengusaha sekolah memandu dan juga rakan niaga Institut Memandu masih menggunakan kereta kancil untuk tujuan pengajaran memandu. Maka timbulah rungutan daripada calon-calon yang ingin mengambil ujian memandu. Antara rungutan yang biasa saya dengar ialah En. saya belajar memandu pakai kancil...tapi ujian memandu guna Viva. Sebab tu la saya kandas ujian memandu. Maka saya pun terpaksa menerangkan kepada calon tersebut... Viva dengan kancil tu sama saiz jer... cuma nampak besar sikit jer...kalau adik pandai bawa kereta bagi la kereta apa pun mesti boleh bawa punya. Calon tadi pun berkeras juga mengatakan yang dia hendak juga belajar memandu menggunakan kereta Viva. Saya rasa cikgu dia mesti pening kepala dapat calon yang sedemikian rupa.

23 November 2010

Berurusan di Kaunter JPJ

Pernahkah anda berurusan di kaunter JPJ samada untuk memperbaharui lesen memandu, cukai jalan atau urusan mengenai saman. Adakah anda berpuashati dengan layanan yang di terima. Maksudnya dari segi mutu perkhidmatan cepat atau lambat prosesnya. Bagi saya yang setiap hari berurusan dengan kaunter JPJ ada sahaja undang-undang baru diperkenalkan. Peraturan yang terbaru adalah untuk wakin/ejen sekolah memandu yang hendak membuat lesen hendaklah membawa pas yang dikeluarkan oleh pihak jpj dan perlu mengambil nombor giliran. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus.... tapi bolehkah ia dilaksanakan. Sepanjang selama 10 tahun lebih saya berurusan perkara ini hanya dilaksanakan sekejap sahaja umpama biskut chipsmore...sekejap ada...sekejap tak ada... .
Seperkara lagi saya berharap pihak jpj mewajibkan setiap wakil/ejen sekolah memandu hendaklah berpakaian kemas semasa berurusan seperti berkasut, seluar panjang, baju berkolar. Apa yang kita lihat sekarang ada diantara mereka hanya berseluar pendek dan berselipar sahaja.

21 November 2010

Lesen B2 nak tambah jadi B FULL

Sediakan gambar 2 keping untuk proses lesen L kelas B. Bayaran RM 30.
Setelah lesen L keluar bolehlah terus belajar memandu motorsikal.
Tarikh ujian akan ditetapkan oleh pihak sekolah memandu.

Unuk pertanyaan sila hubungi ...
Mobile - ZaidiBayu 014-6341444
email - zaidibayu@gmail.com
atau datang ke premis kami di...
SEKOLAH MEMANDU BAYU
No.20, Jalan 17/21, Seksyen 17 Shah Alam.
(satu baris BSN dalam kedai kodak)
http://www.facebook.com/pages/Sekolah-Memandu-Bayu/157959350896512?ref=sgm


Untuk senarai harga kereta sewa layarai......
http://rentcarshahalam.blogspot.com/

Bila Lesen L nak siap.

Kebiasaanya Lesen L akan dikeluarkan oleh pihak sekolah memandu dalam masa 10 hari dari tarikh anda menghadiri kursus teori dan amali.. Sekiranya dalam masa 10 hari lesen L anda tidak siap juga, mungkin terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielakan. Segeralah menghubungi pihak sekolah memandu. Untuk pertanyaan hubungi..
ZaidiBayu - 014-6341444
zaidibayu@gmail.com

http://www.facebook.com/pages/Sekolah-Memandu-Bayu/157959350896512?ref=sgm


Untuk mendapatkan senarai harga kereta sewa layari....
http://rentcarshahalam.blogspot.com/

Lesen Moto nak tambah kereta

Apa yang perlu anda buat.....
Lihat pada anda punya lesen L yang dah lama tu. Ada kelas D tak... Kalau ada renew lesen L dan boleh terus belajar memandu kereta.

Sekiranya lesen L anda tiada kelas D anda perlulah menghadiri kursus teori sahaja. kemudian Lesen L kelas D akan dikeluarkan.. Kemudian barulah anda boleh belajar memandu.

Sebarang kemusykilan sila hubungi
ZaidiBayu - 014-6341444.


Untuk mendapatkan senarai harga kereta sewa layari
http://rentcarshahalam.blogspot.com/

20 November 2010

Lesen kereta tambah kelas Lori (E)

Bagaimana lesen kereta nak tambah jadi lesen lori...
Caranya adalah begini:
- Pertama sekali perlulah menghadiri kelas teori
- Proses Lesen L.
- Setelah dapat lesen L bolehlah belajar memandu.
- Ujian Prakikal JPJ.
- Proses lesen CDL
Harga RM 1200 sahaja tidak temasuk ulangan.

Untuk mengambil lesen lori pastikan anda berumur 21 tahun.
Telah memegang lesen CDL kelas D selama 1 tahun.

Berminat sila hubungi...
Call/SMS - ZaidiBayu 014-6341444

atau datang ke premis kami di
SEKOLAH MEMANDU BAYU (M) SDN.BHD
48A, Tingkat 1, Jalan Ria 25/62,
Seksyen 25, Shah Alam.


Untuk mendapatkan senarai harga kereta sewa layari
http://rentcarshahalam.blogspot.com/

19 November 2010

Promosi Lesen Memandu GDL

Lesen Memandu GDL kelas D,E
Harga RM 180.

Berminat.....
Langkah pertama yang perlu di buat adalah..
- Ambil borang medical-check-up
- Jumpa doktor. Bayaran bergantung kepada klinik tersebut. Klinik kerajaan RM 2.
- Hantar borang medical-check-up ke Sekolah Memandu.
- Ambil tarikh kursus.
- Menghadiri kursus.
- Menghadiri ujian. 42/50
- Lesen Memandu GDL

Sila hubungi ...
Call/SMS - ZaidiBayu 014-6341444
atau datang ke premis kami di

No.20 Jalan 17/21
Seksyen 17, Shah Alam
(satu baris BSN dalam kedai Kodak)


Untuk mendapatkan kereta sewa layari
http://rentcarshahalam.blogspot.com/

Pindah Tempat Belajar Memandu.

Sekiranya anda mengambil Lesen L di Negeri Selangor dan ingin berpindah ke negeri lain untuk sambung lesen P, akan terdapat beberapa masalah yang akan timbul. Yang pertama sekali tentulah dari segi bayarannya. Setiap Sekolah Memandu/Institut Memandu harganya adalah berlainan. Yang keduanya adalah surat pelepasan dari Sekolah Memandu anda. Yang ketiganya adalah sijil JPJL2B ataupun borang SM4. Ini bermakna sekiranya anda ingin berpindah ke negeri lain pastikan anda mendapatkan surat pelepasan dan juga borang SM4 atau sijil JPJL2B dari sekolah memandu lama anda.
Tetapi calon-calon dari negeri lain yang ingin menyambung Lesen P di Negeri Selangor semua dokumen tersebut tidak diperlukan.

Untuk mendapatkan kereta sewa layari
http://rentcarshahalam.blogspot.com/

15 November 2010

Lesen Memandu CDL Tidak Boleh Diperbaharui.

Anda terlupa ingin memperbahrui lesen memandu CDL anda sehingga melebihi 3 tahun. Atau pun anda berada di luar negara dan baru pulang ke tanah air. Saya boleh membantu anda.

Hubungi saya di talian
Mobile - ZaidiBayu 014-6341444
atau datang ke premis kami di

SEKOLAH MEMANDU BAYU
48A, Tingkat 1, Jalan Ria 25/62,
Seksyen 25, Shah Alam.

Lesen P tidak boleh diperbaharui

Sekiranya lesen P anda tidak boleh diperbaharui kerana anda terlupa untuk meperbaharuinya sehingga melebihi tempoh satu tahun atau anda berada di luar negara atau sebagainya..... saya boleh membantu anda.
Call/Sms - ZaidiBayu 014 6341444
atau datang ke premis kami di

Sekolah Memandu Bayu
48A, Tingkat 1, Jalan Ria 25/62
Seksyen 25 Shah Alam.

Lesen Memandu P

Lesen P bermaksud lesen memandu percubaan. Tempoh untuk Lesen memandu P adalah selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun anda akan diberikan lesen CDL. Lesen CDL akan diberikan bergantung kepada kesalahan mata dimerit. Sekiranya mata dimerit anda melebihi 10 mata lesen CDL tidak akan dikeluarkan. Anda dikehendaki mengambil ujian memandu semula.
Harus diingat juga selepas lesen P tamat tempoh 2 tahun lesen tersebut hendaklah diperbaharui sebelum 1 tahun dari tamat tempoh lesen memandu. Sekiranya sudah melebihi 1 tahun lesen CDL tidak akan diberikan. Anda dikehendaki menduduki ujian memandu semula.
Lesen memandu P hanya dikeluarkan untuk Lesen B2,B dan D sahaja.

14 November 2010

Promosi Lesen Memandu Motorsikal

Hanya RM 361.
Dari Kursus KPP hingga lesen P.

Bayaran Tambahan
Bayaran RM 10 untuk rekod semasa ujian berkomputer
Sekiranya kandas ujian komputer bayaran untuk ulangan adalah RM 30.
Sekiranya kandas ujian Praktikal JPJ bayaran ulangan adalah RM 110.

Untuk Pendaftaran
Call/SMS - ZaidiBayu 014-6341444
atau datang ke premis kami di

SEKOLAH MEMANDU BAYU
48A, Tingkat 1, Jalan Ria 25/62,
Seksyen 25, Shah Alam Sel.

Jumlah jam belajar memandu kereta.

Ramai ibubapa calon yang belajar memandu kereta merungut kepada saya kerana jumlah jam belajar untuk memandu kereta adalah terlalu sedikit. Iaitu diantara 8 jam hingga ke 10 jam sahaja. Macamana anak saya nak pandai memandu hanya dengan belajar memandu selama 8 jam sahaja. Memang betul apa yang diperkatakan oleh ibubapa calon tersebut, Ikut secara logik pun anda tidak akan pandai memandu sekiranya belajar memandu hanya selama 8 jam sahaja. Terutamanya bagi calon perempuan dan wanita yang berumur 30 tahun ke atas. Bagi calon lelaki bagi saya tiada masalah kerana kebanyakanya sudah mempunyai asas mnemandu kereta sebelum mendaftar belajar dengan sekolah memandu.
Tetapi itulah masa belajar memandu yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. Cara kiraan JPJ adalah seperti berikut:
- 6 jam untuk kursus teori amali. Calon hanya didedahkan dengan asas pemanduan selama 3 jam dan 3 jam lagi adalah teori.
- 8 jam latihan memandu setelah mendapat lesen L.
- 2 jam lagi adalah QTI.
- Jumlah jam semua adalah 16 jam.

Tetapi sebelum Institut Memandu ditubuhkan calon belajar memandu kereta diwajibkan belajar memandu selama 16 jam solid. Jadi saya cadangkan kepada ibubapa calon tersebut supaya berjumpa dengan KP JPJ supaya merombak jumlah jam yang 8 jam tu ditambah supaya menjadi lebih.

Perbezaan antara lesen B2 dan B

Lesen kelas B2 adalah lesen motorsikal di bawah 250 cc kebawah.
Manakala lesen kelas B pula adalah lesen motorsikal semua kelas cc. Maksudnya dari 0 cc hingga ke atas.

Harga Renew Lesen Memandu

Lesen L
-Lesen L kelas B2,B untuk tempoh 3 bulan adalah RM 2 bagi yang membuat lesen selepas 01.09.2009 dan 
  bagi yang sebelum adalah RM 20.
-Lesen kelas D adalah RM 30.
-Lesen L kelas E adalah RM 30.

Lesen P
-Lesen P kelas B,B2 untuk 2 tahun adalah RM 2 bagi yang membuat lesen selepas 01.09.2009 dan bagi  yang sebelum adalah RM 40.
-Lesen P kelas D adalah RM 60.

Lesen CDL
-Lesen CDL B2,B adalah RM 20 bagi tempoh 1 tahun.
-Lesen CDL kelas D,E adalah RM 30 bagi tempoh 1 tahun.
-Tempoh maksima adalah 5 tahun.

Lesen Vokasinal.
-Untuk 1 tahun RM 20.

IDP
-1 tahun RM 150.

12 November 2010

Lesen Memandu Teksi

Procedur mengambil lesen memandu teksi.

- Menghadiri kursus
- Menghadiri Ujian Teori
- Belajar memandu teksi
- Ujian Praktikal Jpj.
- Lesen memandu PSV teksi/kereta sewa/limusin

harga RM 600.

berminat Call/SMS - ZaidiBayu 014-6341444
Lokasi - Seksyen 25 shah alam.

25 September 2010

Bagaimana untuk mendapatkan lesen L

Langkah pertama hendaklah menduduki kursus KPP. ( Kurikulum Pendidikan Pemandu ) Jam yang diwajibkan adalah selama 5 jam. Langkah kedua menduduki ujian berkomputer. Markah lulus adalah 42/50. Masa yang diberikan selama 45 minit. Langkah ketiga menghadiri kursus Teori dan Amali. Jam yang diwajibkan adalah selama 6 jam. Sekiranya ingin memiliki lesen L kelas B perlu menghadiri kursus teori amali kelas B dan sekiranya ingin memiliki lesen L kelas D pula perlu menghadiri kursus teori amali kelas D pula. Lesen l akan dikeluarkan selepas 10 hari bekerja.

Lesen L

Lesen L adalah bermaksud Lesen Belajar Memandu. Kepada sesiapa yang ingin belajar memandu untuk kenderaan darat perlulah mendapatkan Lesen L terlebih dahulu. Kelas - kelas lesen L adalah A,B,B2,C,D,E,F,G,H,I. Hanya lesen L kelas B,B2 sahaja yang dibenarkan menaiki motorsikal. Dengan syarat menampal stiker L hadapan dan belakang dan perlu menaiki seorang diri sahaja. Lesen L lain -lain kelas tidak dibenarkan memandu seorang diri. Perlu diselia oleh pengajar pemandu yang bertauliah. Jangka hayat hidup mati lesen L adalah selama 2 tahun sahaja. Tempoh 2 tahun iti dikira dari tarikh lulus ujian berkomputer. Dalam masa 2 tahun mestilah mendapatkan lesen P. Sekiranya selepas 2 tahun masih tidak memiliki Lesen P maka kena mohon Lesen L semula.

22 September 2010

Lesen Memandu Malaysia

Hanya terdapat 5 jenis lesen memandu sahaja yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Badan berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk pengeluaran lesen memandu adalah Jabatan Pengangkutan jalan Malaysia.

1.   Lesen L
2.   Lesen P ( Lesen Percubaan )
3.   Lesen CDL
4.   Lesen Vokasianal ( GDL, PSV, Konduktor.)
5.   Lesen Antarabangsa. ( IDP )

18 September 2010

Gurau-Gurau Hari Raya

Lesen Kereta nak Tambah Motorsikal.

Sudah memiliki lesen kerete (D). Tapi lesen motorsikal tak ada. Macamana nak buat. Langkah pertama kena cari lesen L yang lama tu.Ada kelas B2 atau B tak. Kalau ada lesen L tu kena la renew. Baru boleh belajar motorsikal untuk tambah kelas. Kalau tak nak belajar pun boleh. Tapi kena tampal L la kat motor tu depan dan belakang. Lepastu kena naik seorang sahaja.
Langkah kedua pula kalau Lesen L yang lama tu tak ada kelas B/B2. Anda terpaksalah mengikuti kelas Teori dan Amali  Kelas B2 atau B. Baru Lesen L kelas B2 atau B dapat dikeluarkan. Harus diingat kelas B2 kelas cc adalah di bawah 250cc manakala kelas B semua kelas cc. Sesudah dapat L barulah boleh belajar memandu motorsikal. Langkah ketiga. Menduduki ujian praktikal JPJ. Terdapat 2 bahagian. Bahagian 2 terdiri daripada meniti atas titi, kon, brek kecemasan, pusingan angka 8 dan selekoh tajam. manakala bahagian 3 adalah menunggang di atas jalan raya.


Contoh Lesen L yang mempunyai semua kelas Lesen Memandu.

07 September 2010

Alahai PDRM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang hanya tinggal seminggu untuk bersara akhinya membuka mulut meluahkan apa yang beliau lihat sebagai wujudnya tekanan dan campur tangan daripada pihak ketiga di dalam urusan polis selama ini, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai antara pihak yang terlibat. Maka terfikirlah oleh saya yang tak berapa pandai sangat ni, tapi sekolah tinggi 5 tingkat. Patutla selama ni kalau kita lihat apabila parti politik pembangkang ingin membuat ceramah umum permit tidak diluluskan, tapi kalau parti kerajaan bila-bila masa pun boleh bagi ceramah umum. Selama ni rupanya PDRM menerima tekanan politik dari pihak-pihak yang tertentu. Nak ulas lebih pun tak boleh nanti kena tahanan pulak. Paham-paham jelah. Untuk maklumat lebih terperinci layari  http://singalautmetro.blogspot.com/

06 September 2010

Sambutan Merdeka di Kelantan



Sambutan hari kemerdekaan di Negeri Kelantan. Sungguh berbeza dengan negeri-negeri lain.

Bahana Kedai Mamak

Sebagaimana semua sedia maklum, saya mempunyai ramai pelanggan. Pagi tadi saya telah berborak mengenai penyakit-penyakit 60-an bersamanya.

04 September 2010

Ops Sikap






Ops Sikap pada 03.09.10.
10 maut.
7 yang maut tu adalah penunggang dan pembonceng motorsikal.
04.09.10. Maut 23 .
14 maut adalah penunggang motorsikal.
05.09.10. Maut 11.
3 maut adalah penunggang motorsikal.
06.09.10. Maut 14.
10 maut adalah penunggang motorsikal.

Dalam masa 4 hari sahaja 34 penunggang motorsikal maut akibat kemalangan jalan raya. Ini bermakna penungang motorsikal yang berada di atas jalan raya di Malaysia ini bolehlah dikatakan sebagai pencari maut.

Hargailah Seorang Isteri

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

 Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

03 September 2010

999

SALAM SEMUA

JIKA ANDA DIGANGGU ATAU DITIMPA MUSIBAH DI LEBUHRAYA TERUS HUBUNGI NO NO  INI....WALAU BAGAIMANA PUN NO 999 TETAP BOLEH DIGUNAKAN CUMA NO NO TEL INI TERUS KE KERETA PERONDA....BIASANYA KALAU KITA CALL 999 DIA ORG AKAN MINTAK NO TEL KITA DAN PUSAT OPERASI AKAN HUBUNGI PERONDA DILOKASI KITA DAN PERONDA AKAN HUBUNGI KITA MELALUI NO NO TEL YG DIBEKALKAN DLM KERETA PERONDA....PROSES INI AMBIL MASA HAMPIR 15 MINIT....OLEH ITU TERUS JER CALL NO NO TEL INI INSYAALLAH MUNGKIN PERONDA ITU BERADA BERHAMPIRAN
KITA.....PRINT BESAR BESAR SIMPAN DLM KERETA ATAU SAVE DLM HANDSET KITA......

Tempat Telefon
1. Bukit Kayu Hitam-Alor Setar-Sungai Petani
    013-3836002

2. Butterworth- Kulim-Bandar Baru
    013-3836003

3. Jawi-Changkat Jering- Ipoh
    013-3836005

4. Ipoh-Tapah-Tanjung Malim
     013-3837140

5. Tanjung Malim-Sungai Buloh-Bukit Raja
    013-3836009

6. Sungai Besi-Seremban- Ayer Keroh, Seremban-Port Dickson
    013-3837144

7. Ayer Keroh-Pagoh- Ayer Hitam
    013-3837143

8. Ayer Hitam-Senai- JB, Taman Perling-Tg Kupang (Second Link)
     013-3836016

9. KL-Klang, Shah Alam-Nilai-Sepang
    013-3836017

 10. Sri Petaling-Klang, Damansara-Puchong Sprint (Kerinchi Link)
       013-3836018

11. KL-Karak
       019-3244010

02 September 2010

FB hina Allah

Pihak berkuasa sila buka mata. Ambil tindakan. Ini satu perbuatan yang kurang ajar.

Merancang Perjalanan Balik Raya

Perjalanan yang dirancang dengan betul boleh melahirkan perjalanan yang sempurna dan menyeronokan. Perkara-perkara yang perlu dirancang adalah :
1.   Masa perjalanan
2.   Keadaan mental dan fizikal.
3.   Keadaan kenderaan.
4.   Tempat berhenti rehat.
5.   Barang keperluan untuk perjalanan.

Tips Perjalanan Selamat Balik Kampung.

Seperti sedia maklum hari raya akan jatuh pada 10.09.2010 hari Jumaat. Maka seluruh warga kota akan pulang menuju ke kampung halaman masing-masing. Di sini saya berikan beberapa tips untuk perjalanan balik kampung. Kebanyakan sektor swasta akan mendapat cuti lebih panjang daripada sektor kerajaan.
Antara tips yang penting adalah,
1.   Rancang perjalanan.
Seelok-eloknya kita bergerak pada waktu malam. Kerana pada waktu malam kenderaan yang berada di atas jalan raya tidak banyak. Ini akan melancarkan perjalanan kita. Tapi harus diingat jangan balik kampung pada malam raya. Kerana pada malam raya jalan akan terlalu sibuk sehinggakan pernah dulu saya tersekat dari Tol Gombak hingga ke Tol Bentung.

Terkedu

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.
Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

01 September 2010

Ujian Praktikal JPJ

Seperti yang sedia maklum hari raya akan jatuh pada tanggal 10.09.2010 hari Jumaat. Sumua aktiviti berkaitan ujian praktikal JPJ akan dibatalkan mulai 04.09.10 hinnga 17.09.2010. Ini berikutan semua pegawai penguji akan terlibat dalam operasi balik kampung hari raya.

Jin

Untuk Pengetahuan Kita Bersama.... Dari Uztaz Ismail Kamus.

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong..... ." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan.. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu .. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal disitu. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) .

31 Ogos 2010

AIR DLM BOTOL BAHAYA

Sila Ambil Perhatian

Jangan minum air minuman dalam botol yg dibiarkan lama dalam kereta ya.
Sebabnya......baca dibawah.
Assalamualikum para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil dlm
acara Ellen Show.
Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada
kanser payudara,terutama di Australia.
Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama
berada di dalam kereta.

Daun Yang Merbahaya

           
Salam,Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anakdan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya andamenanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta.Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempatyang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat bolehmembunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Tabik Setan

Mari lah kita didik anak-anak bangsa kita -supaya tidak jahil... ~ jangan main ikut2 style artis & idola mereka....
TABIK SETAN/ Satanic Salute




Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.




Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.








Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above

30 Ogos 2010

Memperbaharui Lesen GDL atau PSV

Bermula pada tarikh hari ini JPJ Selangor telah mengeluarkan arahan iaitu apabila hendak memperbaharui lesen memandu GDL atau PSV lesen CDL mestilah tempoh hidupnya kena 1 tahun lebih. Sebagai contoh lesen CDL kita akan tamat pada 12.12.2010. Dan tarikh pada hari ini adalah 30.08.2010. Maksudnya lesen kita ada lebih kurang 4 bulan lagi baru tamat tempohnya. Jadi kita terpaksalah kena tambah atau memperbaharui lesen CDL kita tu 1 tahun lagi menjadikan tempoh lesen kita menjadi 1 tahun 4 bulan. Barulah lesen GDL atau PSV kita dapat diperbaharui. Jadi saranan saya kepada pemegang-pemegang lesen GDL atau PSV kalau nak memperbaharui lesen CDL tu terus hidupkan yang paling maksima sekali iaitu 5 tahun terus. Bagi JPJ negeri lain selain dari Negeri Selangor tak pasti pula saya. Adakah arahan ni dikeluarkan untuk semua negeri. Tu kena tanya dengan tuan KP untuk kepastian.
Kadang-kadang saya terfikir juga kenapa dengan JPJ ni, dah tak ada duit ke....
Syarat untuk memperbaharui lesen GDL/PSV
1.  Medical Check- UP ( dapatkan borang medical dari sekolah memandu )
2.  Fotostat K/P dan juga semua jenis lesen memandu.
3.  Bawa lesen GDL atau PSV yang original.
5.  Bayaran adalah RM 20.
6.  Pastikan lesen memandu CDL tempohnya melebihi 1 tahun.

Di Ambang Malam Merdeka.

Setelah 53 tahun merdeka... apakah pencapaian terbaik bagi orang-orang melayu. Kalau hendak difikirkan mengikut logik akal ni sepatutnya tiada lagi orang melayu yang masih lagi miskin dalam Malaysia ni. Rasanya duit zakat ada berjuta-juta takanlah tak boleh bantu orang melayu yang miskin ni untuk menaikan taraf hidupnya. Apa yang saya tau, apa yang saya selalu dengar dan lihat orang melayu ni semuanya berada di tempat pertama. Diantaranya adalah buang bayi. Orang yang paling ramai buang bayi ni adalah orang melayu. Begitu juga dengan orang yang tiada berbin atau berbinti. Maksudnya anak luar nikah. Pernah sekali tu saya dengar ceramah ugama ustaz yang berceramah tu bagitau anak luar nikah kat Malaysia ni sama dengan penduduk negeri Perlis. Orang melayu jugalah paling ramai menjadi penagih dadah. Tak habis-habis dengan dadah. Orang melayu jugalah paling ramai dalam penjara. Kalau tak percaya pergi tengok. Antara kesalahan yang biasa kita dengar adalah rogol. Rogol sape, rogol anak... Apa nak jadi dengan orang kita ni. Bagi anak-anak muda melayu sekarang ni yang paling top adalah gejala mat rempit. Orang yang malas bekerja pun yang paling ramai adalah orang melayu jugak. Banyak lagilah kalau nak diikutkan... Cuba lihat sekeliling dan jeling-jelinglah orang melayu kita.
Jangan marah yer orang melayu. Merdeka...Merdeka....MERDEKAAA........
Sentiasa awasi anak-anak kita. Begitu juga kita sebagai pemandu sentiasa selalu berwaspada apabila berada di atas jala raya

PETAK KUNING



Tepuk dada tanya diri sendiri.....

29 Ogos 2010

Panduan Pencegahan Jenayah - Pecah Rumah

Hari raya semakin hampir. Kebanyakan kita yang berada di bandar akan pulang ke kampung masing-masing. Di sini saya senaraikan beberapa perkara supaya rumah kita tidak dipecah masuk oleh pencuri.

CARA MENCEGAHNYA:

PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL

· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.

· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.

· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.

· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.

Ops Sikap ke 22

Setibanya musim perayaan pastinya pihak polis akan memantau sikap pemandu-pemandu dengan mengadakan Ops Sikap, dimana bagi lebaran kali ini adalah yang ke-22 yang bermula dari 3 hingga 17 September 2010.

Pada Ops Sikap ke-22 pihak polis telah menempatkan anggotanya secara statik di 100 lokasi ‘hot spot’ Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri serta 33 lokasi di Lebuhraya. Polis yang ditempatkan di Jalan Persekutuan dan Negeri akan bertugas selama 12 jam manakala di lebuhraya selama 24 jam.
Dalam pada itu, pihak polis memberi jaminan pihaknya tidak akan mengadakan sekatan jalan sepanjang ops ini. Selain memantau dari aspekelancaran trafik pihak polis juga ingin memastikan pengguna jalanraya berada dalam keadaan selamat dan untuk mengelakkan berlakunya jenayah.

Ruj dari mstar.com

Beza antara saman JPJ dan PDRM

Saman JPJ vs Saman PDRM
Sekiranya anda disaman oleh pegawai JPJ risikonya adalah amat tinggi. Ini kerana bayaran kompoun JPJ adalah mahal berbanding saman PDRM. Sebagai contoh, anda memandu tidak memakai tali pinggang keledar. Saman yang dikenakan oleh pihak JPJ adalah sebanayak RM 300, manakala saman oleh pihak PDRM adalah sebanyak RM 70.
Penyenaraian hitam bagi pihak JPJ adalah serta merta. Maknanya di sini sekiranya anda disaman oleh JPJ dan tidak membayar kompoun maka lesen memandu atau cukai jalan anda tidak boleh diperbaharui. Bagi saman PDRM senarai hitamnya lambaat sedikit.
JPJ boleh mengeluarkan 2 saman sekaligus pada satu kesalahan. Sebagai contoh, anda mempunyai kereta dan kawan anda telah meminjam kereta anda.

Statistik Jumlah Pemandu di Malaysia.

Jumlah Pemandu Terkumpul

Tahun                Pemandu Terkumpul

Tahun 2005            9928238

Tahun 2006            10351332

Tahun 2007            10769531

Tahun 2008            11227144

Tahun 2009            11697306



Jumlah Pemandu Mengikut Tahun
 
Tahun                   Pemandu

Tahun 2005             427991

Tahun 2006             423094

Tahun 2007             418199

Tahun 2008             457613

Tahun 2009             470162

Melihat jumlah angka yang di atas, didapati pertambahan pemandu baru pada setiap tahun adalah meningkat.. Ini bermakna jumlah kemalangan akan meningkat juga pertambahanya. Dalam kata lain juga penndapatan untuk Jabatan Penganngkutan Jalan juga meningkat. Jadi anda sebagai pemandu di luar sana sentiasalah berhati-hati semasa memandu di jalanraya. Jadilah seorang pemandu yang bertimbang rasa..

Bantuan ke Gaza

Pengalaman En. Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni.

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel.

28 Ogos 2010

Orang kafir masuk masjid/surau

Belum habis cerita panas mengenai Khatib Zakaria Ahmad yang menimbulkan kontroversi kerana doanya ke atas KM P.Pinang timbul pula cerita AP Serdang Teo Nie Ching memberi tazkirah Ramadhan di Surau Al-Huda Kajang Central Ahad lau. Presiden Perkasa terus mengecam AJK surau tersebut kerana telah memalukan Islam.. Kalau nak dikiralah, peristiwa tersebut berlaku minggu lepas. Dah lepas satu minggu baru berita ni menjadi panas. Kira lambat jugalah sistem jalur lebar yang ada kat Malaysia ni. Cuba ahli-ahli bijak pandai fikirkan. Akibat tindakan AP Serdang tesebut Sultan Selangor telah murka dan menitahkan Majlis Agama Islam Islam Selangor mengambil tindakan segera dan tegas ke atas Surau Al-Huda. Pihak Mais juga telah membuat keputusan mengambil alih pengurusan pentadbiran surau tersebut. Mengikut siasatan pihak Mais memang benar pihak pengurusan surau tersebut telah membenarkan AP Serdang memberikan ucapan. Tetapi bagi AP Serdang tersebut beliau menjelaskan pergi ke Surau Al Huda adalah untuk menyampaikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan menaik taraf. Beliau juga telah menafikan telah memberikan ceramah berbaur politik di surau tersebut. Ayuh ... sama-samalah kita fikirkan mana yang betul dan mana yang tidak betul

26 Ogos 2010

Mandi Wajib atau Junub

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul…..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Negara rugi RM9b nahas jalan raya.

Setiap tahun negara akan kerugian antara RM8b hingga RM9b akibat kemalangan jalan raya. Begitulah yang dinyatakan oleh KP JKJR, Dato' Suret Singh. Percaya atau tidak tapi itulah hakikatnya. Bagi tahun 2009 sahaja kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM 9.3b apabila seramai 6,745 mangsa terkorban 8,849 lagi cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Kalau dicampurkan jumlahnya 15,594 terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2009. Ini bermakna satu bulan jumlah yang terlibat dengan kemalangan jalan raya adalah seramai 1,300 orang manakala dalam satu hari seramai 43 orang terlibat dalam kemalangan. Itu belum dicampur dengan jumlah kemalangan yang tidak di buat report. Kemalangan yang tertinggi adalah melibatkan pembonceng dan penunggang motorsikal. Kalau kita lihat pula penunggang dan pembonceng motorsikal ni yang paling ramai adalah orang melayu. Yang kedua orang India manakala orang cina boleh dikira dengan jari. Ada orang bertanya kenapa negara boleh rugi akibat orang yang mati akibat kemalangan. Dato' Suret Singh menyatakan anggaran kerugian itu dibuat berdasarkan beberapa aspek seperti bayaran pampasan insurans, kos perubatan, kerugian tenaga kerja dan produktiviti. Apabila sesuatu kemalangan berlaku negara akan kehilangan nyawa, masa, dan harta. Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapakatkan sifar kemalangan dalam satu hari. Diharap Dato' KP dapat menjalankan kempan sifar kemalangan dalam satu tahun. Ada sesetengah ulama dan orang-orang alim mencadangkan untuk mengelakan kemalangan kena ikut sunnah nabi. Para ulama menyarankan kita kena ikut lorong kanan. Maknanya kita kena ubah sistem jalan raya yang ada sekarang ni. Dan kereta yang digunakan pula stereng di sebelah kiri. Selagi tidak mencuba bagaimana kita nak tau keputusanya.

17 Ogos 2010

Ujian Berkomputer

Sesetengah orang memanggilnya ujian L/Ujian statik/test meja dan macam-macam lagilah. Tak kira apa pun panggilanya setiap calun hendaklah mendapatkan 42 jawapan yang betul darpada 50 soalan. Barulah dikira lulus ujian tersebut. Pusat yang menyediakan perkhidmatan ini adalah mySpeed.com./myegService/Rilek centre.

Lesen memandu Lori kelas E

Saya nak tambah sikit lagi berkenaan dengan lesen lori ni. Ada sesetengah calun masih tidak faham lagi. Umur untuk mengambil lesen lori mestilah genap 21 Tahun. Mesti mempunyai lesen kelas D sudah genap 1 tahun. Mesti lesen CDL maksudnya bukan lesen P.

11 Ogos 2010

Lesen Memandu PSV

PSV dalam bahasa Inggerisnya adalah passenger service vehicle. Dalam bahasa melayunya adalah lesen kenderaan pengangkutan awam. Lesen PSV terbahagi kepada tiga. 1. Lesen PSV Teksi/Kereta Sewa/Limosin. 2. Lesen PSV Van/Bas Mini. 3. Lesen Bas Besar.

04 Ogos 2010

Lesen Memandu Trailer.

Lesen trailer dalam bahasa seninya adalah lesen GDL Bersendi. Maksudnya kalau ada orang bertanya lesen trailer atau bersendi maka kedua-dua benda tu adalah sama sahaja.Perkara utama untuk mendapatkan lesen Trailer ni mestilah mempunyai lesen memandu kelas E, berumur 21 tahun, tidak cacat, sihat tubuh badan. Harga dalam RM 1000.00. Ujian memandu di Shah Alam.

05 Julai 2010

Lesen Memandu GDL

Lesen memandu GDL dalam bahasa melayunya adalah lesen memandu kenderaan barang-barang. Lesenya berwarna hijau muda. Tiada gambar. Kegunaan lesen ini adalah apabila kita membawa lori perdagangan dengan muatan. Kalau kita lihat lori perdagangan di tepi pintunya akan ada ditulis BDM dan BTM. BDM bermaksud barang dengan muatan manakala BTM pula barang tanpa muatan. Di dalam lesen GDL akan ditulis kelas lesen memandu mengikut kelas lesen kompeten yang kita miliki.


03 Julai 2010

Brasil pun boleh kalah.

Sapa kata Brasil pasukan terkuat dunia boleh kalah. Ramai  orang mengharapkan Brasil boleh melangkah ke final WC2010. Tapi apa sudah jadi. Ramai peminat bolasepak Malaysia kecewa. Kerana apa kecewa... kerana banyak wang pertaruhan yang telah dilaburkan telah lenyap begitu sahaja. Begitu juga dengan pemain Brasil. Ada yang menangis. Orang melayu kita pun ramai yang menangis. Menangis kerana apa, faham-faham sudahlah.

Lesen memandu Lori kelas E

Apakah yang dimaksudkan dengan lesen memandu kelas E. Ada sesetengah orang memanggilnya lesen E Full. Bagi saya tiada istilah E Full. Cuba lihat lesen kereta anda. Lihat dibelakangnya, ada disenaraikan semua jenis lesen  dari kelas A hingga kelas M. Maksud lesen memandu kelas E adalah Motorkar Berat BTM melebihi 7500 kg. Apakah itu BTM. BTM adalalah berat tanpa muatan manakala maksud melebihi sini pula adalah kurang ataupun lebih dari 7500 kg . Maksudnya di sini anda boleh membawa kenderaan yang beratnya 3000 kg ataupun beratnya 11000 kg. Harus di ingat motorkar yang dibawa haruslah tiada barang. Kalau hendak membawa barang anda hendaklah mempunyai satu lesen lagi iaitu Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang ataupun nama glamournya GDL.

Pemandu kat Malaysia tak ada otak.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana tajuk catatan ini agak kasar bahasanya. Kadang-kadang marah pun ada, tension pun ada mengenangkan pemandu-pemandu yang ada kat Malaysia ni. Bukan semua pemandu tapi segelintir sahaja.

01 Julai 2010

Promosi Lesen Memandu Kereta

Promosi belajar memandu kereta. Keutamaan untuk pelajar Uitm, Kolej, Sekolah dan sebagainya.
Pengangkutan di sediakan. Untuk area Shah Alam sahaja. Dari tempat lain pun boleh.
Harga pakej yang di tawarkan adalah RM 770.00.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU.

Step 1.
Buat pendaftaran. SMS, Call atau email.

Step 2.
Menghadiri Kursus KPP. Bermula jam 8 pagi - 4 petang. Pakaian hendaklah kemas, baju berkolar dan berkasut bagi lelaki. Bayaran sebanyak RM 250.00.

Step 3.
Ujian Berkomputer. Markah lulus 42/50. Sekiranya kandas bayaran ulangan RM 40.00.

Step 4.
Menghadiri Kursus bengkel Teori dan Amali. Bermula jam 8 pagi hingga jam 4 petang. Boleh membuat pilihan samada hendak balik jam 1 atau jam 4. bayaran RM 200.00.

Step 5.
Proses untuk mengeluarkan Lesen L. Biasanya Lesen L boleh dikeluarkan dalam masa 10 hari bekerja.

Step 6.
Belajar memandu. Pakej jam yang ditawarkan adalah 8 jam. Satu hari untuk seisi memandu adalah 2 jam sahaja. Bayaran adalah sebanyak RM 250.00. Sekiranya calon belajar melebihi 8 jam, setiap tambahan 1 jam RM 20.00.

Step 7.
Ujian QTI. Ini adalah ujian kelayakan sebelum menduduki ujian sebenar JPJ. Calon akan diuji dahulu oleh penguji yang berkelayakan. Sekiranya kandas ujian kelayakan calon tidak boleh untuk menempah untuk menduduki ujian JPJ. Bayaran ulangan untuk QTI adalah sebanyak RM 45.00.

Step 7.
Ujian Praktikal JPJ.
Sekiranya calon kandas bayaran ulangan adalah sebanyak RM 130.00.

Step 8.
Proses untuk mengeluarkan lesen P. Biasanya lesen P boleh di keluarkan  selepas 5 hari bekerja.
Bayaran RM 70.00.

Berminat.
Sila hubungi   pahlawannaga 014-6341444
atau datang ke premis kami di

SEKOLAH MEMANDU BAYU
48A, Tingkat 1, Jalan Ria 25/62
Seksyen 25, Shah Alam
Selangor
zaidibayu@gmail.com

27 Jun 2010

Lawatan JPJ Selangor ke Institut ManduCekap Shah Alam

   JPJ Selangor akan mengadakan lawatan ke Institut ManduCekap Hi-Tec di Shah Alam pada 01.07.2010. Dikhabarkan juga perasmian untuk litar baru yang telah beroperasi pada 16.06.2010 juga akan diadakan. Diceritakan juga kepada saya oleh beberapa tukang cerita semasa ujian memandu bahagian paking pada 16.06.2010 seramai 100 orang calon yang di uji 77 calon telah kandas.
   Sempena lawatan tersebut  dikhabarkan kepada saya juga semua kenderaan IM hendaklah berkeaadan baik, bersih dan berkilat dan semua pengajar memandu di wajibkan hadir.

Litar ujian memandu baru dan lama

Ujian memandu bagi kereta dan motorsikal di malaysia yang di buat di Institut Memandu adalah berbeza. Ini adalah disebabkan terdapat 2 rekabentuk litar yang di bina.  Bagi Institut memandu yang sudah beroperasi melebihi 3 tahun ke atas rekabentuk sideparking dan three pointernya menggunakan tiang. Manakala bagi Institut memandu yang baru rekabentuk litarnya tidak menggunakan tiang. Sebagai contoh terdapat 17 Institut Memandu di Selangor, 11 IM yang sudah beroperasi melebihi 3 tahun dan 6 IM baru beroperasi. 11 IM rekabentuk lama dan 6 IM rekabaentuk baru. Tetapi borang penilaian prestasi ujian memandu yang dikeluarkan oleh JPJ masih lagi yang lama. Mengapakah pihak JPJ belum meyelaraskan ke semua IM supaya litar yang lama di tukar yang baru.

04 Jun 2010

Nescafe 3 in 1

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera... .

Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bengun dari kerusi ........
kaki dia terus patah.... tulang dia reput.....







Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini

adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah

non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada

nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,


'sharing is caring.



artikel ini saya ambil dari email




__._,_.___
Reply to sender | Reply to group | Reply via web post | Start a New Topic
Messages in this topic (1)
Recent Activity: New Members 71
Visit Your Group
"Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Minuman para Anbia : http://www.hrgroup2u.net/abiumar "

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

Proses Untuk Mendapatkan Lesen Memandu Malaysia

1. Menghadiri Kursus KPP (Kurikulum Pendidikan Pemandu)
Kursus ini di buat di mana-mana Institut Memandu yang terdapat di
Malaysia. Kehadiran jam untuk kursus adalah selama 5 jam. Kandungan
bahan dalam kursus ini adalah bagaimana untuk menjadi seorang pemandu
yang berhemah. Sijil kehadiran kursus akan dikeluarkan setelah tamat
kursus. Tempoh sahlaku sijil adalah selama 1 tahun.

2. Ujian Berkomputer.
Di buat di pusat e-khidmat seperti My-eg.com dan Myspeed.com.
Markah lulus bagi ujian berkomputer adalah 42/50.

3. Menghadiri Kursus Teori dan Amali.
Jumlah jam bagi kursus ini adalah 6 jam.

4. Proses Lesen L

5. Belajar Memandu.

6. Qti ( Ujian kelayakan )

7. Ujian JPJ

8. Proses Lesen P