Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

05 Disember 2010

Lesen Gerenti Lulus.

Setiap kali calon yang datang untuk mendaftar samada melalui telefon atau sebagainya soalan pertama yang di tanya adalalah ' ni gerenti lulus ke'. Kadang-kadang saya pun tak paham dengan ayat tersebut. Saya tanya balik ' gerenti yang macam mana tu. '. Gerenti sampai lulus la bang. Baru lah saya faham yang dimaksudkan oleh calon tersebut. Ini adalah hasil penagan  promosi yang dilancarkan oleh Metro Driving Akademi. Namanya gah satu Malayu. Sape yang tak kenal dengan Merto. Sampai KL Rapid pun nak dibelinya. Seperti yang kita ketahui trademark Metro adalah Gerenti Sampai Lulus. Ikalanya berada di mana-mana, dibelakang bas, dibelakang majalah, di stesen radio dan sebagainyalah. Maksudnya di sini walaupun anda gagal ujian memandu, anda kena ambil ulangan lah sampai anda lulus ujian memandu. Harga yang dikenakan juga pun memang berbaloi-baloi lah. Kalau harga RM 770 mana nak dapat pakej gerenti sampai lulus. Kalau tak silap saya harga yang dikenakan oleh Metro Driving adalah RM 1399. Kalau tak silaplah. Kalu silap tolong betulkan. Harap maaf. Diharap kepada semua calon faham dengan ayat gerenti sampai lulus.

4 ulasan:

SINGALAUTMETRO berkata...

belajar sampai lulus dan harganya tentulah lebih mahal. kalau sampai Rm1300, dikira mahal sebab KPP baru paling tinggi pun Rm70, undang-undang berkomputer Rm27 tambah gambar RM10. Teori amali paling tinggi pun RM70. Lesen L RM30. Belajar RM30 satu jam. Kalau 10 jam, RM300. Test, ujian QTI dan bedebak bedebuk RM130. Lesen P RM35. lebih kuran RM700. Kalau ambil sampai RM1,300 dah ada untung RM600, tolak minyak RM200. Ada RM400 satu kepala. Kalau satu bulan dapat 100 orang, RM40,000 untung!! eheh...betul ke saya kira ni...jangan marah. saya tak tahu apa-apa fasal lesen ni!

Cikgu Z berkata...

hu.huuuu.... mari kita jadi francais metro driving academy.

elizabeth ngan ee huey berkata...

saya membeli lesen memandu saya dengan harga 1,500 15 tahun dulu di petaling jaya. sampai hari ini saya tak pandai parking.

Unknown berkata...

Minta tolong saya dah 3 Kli g tak lulus. sy dah tak ada masa DKT mana nk ambik ganti lulus area Klang