Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

29 Ogos 2010

Beza antara saman JPJ dan PDRM

Saman JPJ vs Saman PDRM
Sekiranya anda disaman oleh pegawai JPJ risikonya adalah amat tinggi. Ini kerana bayaran kompoun JPJ adalah mahal berbanding saman PDRM. Sebagai contoh, anda memandu tidak memakai tali pinggang keledar. Saman yang dikenakan oleh pihak JPJ adalah sebanayak RM 300, manakala saman oleh pihak PDRM adalah sebanyak RM 70.
Penyenaraian hitam bagi pihak JPJ adalah serta merta. Maknanya di sini sekiranya anda disaman oleh JPJ dan tidak membayar kompoun maka lesen memandu atau cukai jalan anda tidak boleh diperbaharui. Bagi saman PDRM senarai hitamnya lambaat sedikit.
JPJ boleh mengeluarkan 2 saman sekaligus pada satu kesalahan. Sebagai contoh, anda mempunyai kereta dan kawan anda telah meminjam kereta anda.
Kawan anda telah disaman oleh pegawai JPJ atas kesalahan lesen memandu tamat tempoh. Saman 1 adalah ke atas kawan anda tadi. Saman yang kedua pula adalah ke atas anda sendiri atas kesalahan membenarkan kawan anda memandu kereta anda kerana memandu dalam keadaan lesen memandu tamat tempoh. Jadi kena berhati-hati apabila kawan hendak meminjam kenderaan kita. Perlu diingat seramai 50% pemandu di Malaysia terlupa untuk memperbaharui lesen mereka.

Antara keburukan apabila anda tidak membayar kompoun JPJ:
1.  Tidak boleh mengambil lesen memandu. ( bagi yg belum ada lesen memandu )
2.  Tidak boleh memperbahrui lesen memandu.
3.  Tidak boleh memperbaharui cukai jalan.
4.  Tidak boleh menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak JPJ.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalo kena saman pdrm boleh amik lesen memandu x?cuma blacklist pdrm tp x blacklist jpj..camne tuh..

ZaidiBayu berkata...

Kalau dah masuk sistem jpj x leh bro.

Pemanduberhemah berkata...

Kalau kena saman xpi surat xdtang rumah knapa ehh

Misran osman berkata...

Boleh ke sambung lesen gdl E bersendi ada 1 saman jpj

Unknown berkata...

Saya ada saman blacklist ..tapi check saman jpj tiada boleh ambik lesen ke minta pencerahan tuan...

Unknown berkata...

Kalu ada saman pdrm atau pun NC yg belum blacklis Bole ambik lesen..tapi kalu ada blacklis dan waran kena settlekan dulu baru bole daftar les2n

Unknown berkata...

Kalau ada 1 Saman jpj boleh hidup insurance tak?

Unknown berkata...

Asalammualaikum.. Tumpang tanya kalau ada saman pdrm bole ambik lesen memandu tak..

Unknown berkata...

Saya ada saman dgn JPJ, dari tahun 2017 skrg 2020,macam mana? Boleh ke saya nak ambil lesen kereta ?

Unknown berkata...

Mcm mna nak check klu saman dengan pdrm dah blacklist ker blm?

Unknown berkata...

ade saman PDRM.. ade waran dn blacklist.. tnye jpj ia ckp low trafik lain.. soo boleh ke kita ambik lesen

Unknown berkata...

Nak tnya juga lah kn klu org tu Ada bnyk saman,dh lama kena saman tpi org tu xbyar saman klu org tu nk amek lesen kena settle kn saman2 tu dulu ke?pencerahan

Unknown berkata...

Jika kompaun jpj tidak bayar bagaimana ya?sudah lama

Unknown berkata...

Sekiranya Saya Ada saman nc,saman jpj tiada,bolekah Saya daftar lesen memandu?

Unknown berkata...

Salam nak tanya...sy ujian jpj dah selesai..selasa ni nak ambil lesen p di jpj.. tapi sy ada saman 1 saman polis..boleh ke sy ambil lesen p sy jika x bayar saman tersebut

Anas berkata...

ade saman PDRM.. ade waran dn blacklist.. tnye jpj ia ckp low trafik lain.. soo boleh ke kita ambik lesen

hilmimukhlis berkata...

kalau ada saman pdrm boleh mempebaharui lesen memandu tak?

shazfiq berkata...

salam saya nak tnya..saya ada saman pdrm jadi boleh ke sya tukar lesen pdl ke cdl?

A.Ameer berkata...

Saya ada saman Polis NC boleh tak saya ambil lesen memandu ?

Unknown berkata...

Saman PDRM kalau bayar lambat harga dia sama kaa atau semakin naik anda kalau surat saman hilang boleh kaa bayar saman

Unknown berkata...

Boleh

Unknown berkata...

Saman pdrm tu apa trafik ke?,aku nak buat lesen saman smpai 4k kene baya mampoi

Tanpa Nama berkata...

Saya ada saman trapik. Tapi tak blacklist layak ka ambil gdL.. Jpj saya tak ada saman....