Kereta Sewa Shah Alam
Pendaftaran
Powered by 123ContactForm | Report abuse
28 Ogos 2010
Orang kafir masuk masjid/surau
Belum habis cerita panas mengenai Khatib Zakaria Ahmad yang menimbulkan kontroversi kerana doanya ke atas KM P.Pinang timbul pula cerita AP Serdang Teo Nie Ching memberi tazkirah Ramadhan di Surau Al-Huda Kajang Central Ahad lau. Presiden Perkasa terus mengecam AJK surau tersebut kerana telah memalukan Islam.. Kalau nak dikiralah, peristiwa tersebut berlaku minggu lepas. Dah lepas satu minggu baru berita ni menjadi panas. Kira lambat jugalah sistem jalur lebar yang ada kat Malaysia ni. Cuba ahli-ahli bijak pandai fikirkan. Akibat tindakan AP Serdang tesebut Sultan Selangor telah murka dan menitahkan Majlis Agama Islam Islam Selangor mengambil tindakan segera dan tegas ke atas Surau Al-Huda. Pihak Mais juga telah membuat keputusan mengambil alih pengurusan pentadbiran surau tersebut. Mengikut siasatan pihak Mais memang benar pihak pengurusan surau tersebut telah membenarkan AP Serdang memberikan ucapan. Tetapi bagi AP Serdang tersebut beliau menjelaskan pergi ke Surau Al Huda adalah untuk menyampaikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan menaik taraf. Beliau juga telah menafikan telah memberikan ceramah berbaur politik di surau tersebut. Ayuh ... sama-samalah kita fikirkan mana yang betul dan mana yang tidak betul
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan