Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

30 Ogos 2010

Memperbaharui Lesen GDL atau PSV

Bermula pada tarikh hari ini JPJ Selangor telah mengeluarkan arahan iaitu apabila hendak memperbaharui lesen memandu GDL atau PSV lesen CDL mestilah tempoh hidupnya kena 1 tahun lebih. Sebagai contoh lesen CDL kita akan tamat pada 12.12.2010. Dan tarikh pada hari ini adalah 30.08.2010. Maksudnya lesen kita ada lebih kurang 4 bulan lagi baru tamat tempohnya. Jadi kita terpaksalah kena tambah atau memperbaharui lesen CDL kita tu 1 tahun lagi menjadikan tempoh lesen kita menjadi 1 tahun 4 bulan. Barulah lesen GDL atau PSV kita dapat diperbaharui. Jadi saranan saya kepada pemegang-pemegang lesen GDL atau PSV kalau nak memperbaharui lesen CDL tu terus hidupkan yang paling maksima sekali iaitu 5 tahun terus. Bagi JPJ negeri lain selain dari Negeri Selangor tak pasti pula saya. Adakah arahan ni dikeluarkan untuk semua negeri. Tu kena tanya dengan tuan KP untuk kepastian.
Kadang-kadang saya terfikir juga kenapa dengan JPJ ni, dah tak ada duit ke....
Syarat untuk memperbaharui lesen GDL/PSV
1.  Medical Check- UP ( dapatkan borang medical dari sekolah memandu )
2.  Fotostat K/P dan juga semua jenis lesen memandu.
3.  Bawa lesen GDL atau PSV yang original.
5.  Bayaran adalah RM 20.
6.  Pastikan lesen memandu CDL tempohnya melebihi 1 tahun.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syarat no 2 tu hanya terpakai untuk runner sahaja. kalau buat sendiri, bawa yang original sudah mencukupi.

Tanpa Nama berkata...

Gambar?