Bermula pada tarikh hari ini JPJ Selangor telah mengeluarkan arahan iaitu apabila hendak memperbaharui lesen memandu GDL atau PSV lesen CDL mestilah tempoh hidupnya kena 1 tahun lebih. Sebagai contoh lesen CDL kita akan tamat pada 12.12.2010. Dan tarikh pada hari ini adalah 30.08.2010. Maksudnya lesen kita ada lebih kurang 4 bulan lagi baru tamat tempohnya. Jadi kita terpaksalah kena tambah atau memperbaharui lesen CDL kita tu 1 tahun lagi menjadikan tempoh lesen kita menjadi 1 tahun 4 bulan. Barulah lesen GDL atau PSV kita dapat diperbaharui. Jadi saranan saya kepada pemegang-pemegang lesen GDL atau PSV kalau nak memperbaharui lesen CDL tu terus hidupkan yang paling maksima sekali iaitu 5 tahun terus. Bagi JPJ negeri lain selain dari Negeri Selangor tak pasti pula saya. Adakah arahan ni dikeluarkan untuk semua negeri. Tu kena tanya dengan tuan KP untuk kepastian.
Kadang-kadang saya terfikir juga kenapa dengan JPJ ni, dah tak ada duit ke....
Syarat untuk memperbaharui lesen GDL/PSV
1. Medical Check- UP ( dapatkan borang medical dari sekolah memandu )
2. Fotostat K/P dan juga semua jenis lesen memandu.
3. Bawa lesen GDL atau PSV yang original.
5. Bayaran adalah RM 20.
6. Pastikan lesen memandu CDL tempohnya melebihi 1 tahun.
2 ulasan:
Syarat no 2 tu hanya terpakai untuk runner sahaja. kalau buat sendiri, bawa yang original sudah mencukupi.
Gambar?
Catat Ulasan