Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

30 Ogos 2010

Di Ambang Malam Merdeka.

Setelah 53 tahun merdeka... apakah pencapaian terbaik bagi orang-orang melayu. Kalau hendak difikirkan mengikut logik akal ni sepatutnya tiada lagi orang melayu yang masih lagi miskin dalam Malaysia ni. Rasanya duit zakat ada berjuta-juta takanlah tak boleh bantu orang melayu yang miskin ni untuk menaikan taraf hidupnya. Apa yang saya tau, apa yang saya selalu dengar dan lihat orang melayu ni semuanya berada di tempat pertama. Diantaranya adalah buang bayi. Orang yang paling ramai buang bayi ni adalah orang melayu. Begitu juga dengan orang yang tiada berbin atau berbinti. Maksudnya anak luar nikah. Pernah sekali tu saya dengar ceramah ugama ustaz yang berceramah tu bagitau anak luar nikah kat Malaysia ni sama dengan penduduk negeri Perlis. Orang melayu jugalah paling ramai menjadi penagih dadah. Tak habis-habis dengan dadah. Orang melayu jugalah paling ramai dalam penjara. Kalau tak percaya pergi tengok. Antara kesalahan yang biasa kita dengar adalah rogol. Rogol sape, rogol anak... Apa nak jadi dengan orang kita ni. Bagi anak-anak muda melayu sekarang ni yang paling top adalah gejala mat rempit. Orang yang malas bekerja pun yang paling ramai adalah orang melayu jugak. Banyak lagilah kalau nak diikutkan... Cuba lihat sekeliling dan jeling-jelinglah orang melayu kita.
Jangan marah yer orang melayu. Merdeka...Merdeka....MERDEKAAA........

Tiada ulasan: