Kereta Sewa Shah Alam
Pendaftaran
Powered by 123ContactForm | Report abuse
26 Ogos 2010
Negara rugi RM9b nahas jalan raya.
Setiap tahun negara akan kerugian antara RM8b hingga RM9b akibat kemalangan jalan raya. Begitulah yang dinyatakan oleh KP JKJR, Dato' Suret Singh. Percaya atau tidak tapi itulah hakikatnya. Bagi tahun 2009 sahaja kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM 9.3b apabila seramai 6,745 mangsa terkorban 8,849 lagi cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Kalau dicampurkan jumlahnya 15,594 terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2009. Ini bermakna satu bulan jumlah yang terlibat dengan kemalangan jalan raya adalah seramai 1,300 orang manakala dalam satu hari seramai 43 orang terlibat dalam kemalangan. Itu belum dicampur dengan jumlah kemalangan yang tidak di buat report. Kemalangan yang tertinggi adalah melibatkan pembonceng dan penunggang motorsikal. Kalau kita lihat pula penunggang dan pembonceng motorsikal ni yang paling ramai adalah orang melayu. Yang kedua orang India manakala orang cina boleh dikira dengan jari. Ada orang bertanya kenapa negara boleh rugi akibat orang yang mati akibat kemalangan. Dato' Suret Singh menyatakan anggaran kerugian itu dibuat berdasarkan beberapa aspek seperti bayaran pampasan insurans, kos perubatan, kerugian tenaga kerja dan produktiviti. Apabila sesuatu kemalangan berlaku negara akan kehilangan nyawa, masa, dan harta. Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapakatkan sifar kemalangan dalam satu hari. Diharap Dato' KP dapat menjalankan kempan sifar kemalangan dalam satu tahun. Ada sesetengah ulama dan orang-orang alim mencadangkan untuk mengelakan kemalangan kena ikut sunnah nabi. Para ulama menyarankan kita kena ikut lorong kanan. Maknanya kita kena ubah sistem jalan raya yang ada sekarang ni. Dan kereta yang digunakan pula stereng di sebelah kiri. Selagi tidak mencuba bagaimana kita nak tau keputusanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan