Sesetengah orang memanggilnya ujian L/Ujian statik/test meja dan macam-macam lagilah. Tak kira apa pun panggilanya setiap calun hendaklah mendapatkan 42 jawapan yang betul darpada 50 soalan. Barulah dikira lulus ujian tersebut. Pusat yang menyediakan perkhidmatan ini adalah mySpeed.com./myegService/Rilek centre.
Sebelum masuk untuk menduduki ujian berkomputer pendaftaran nama hendaklah dilakukan di pusat ujian yang disebutkan tadi. Sesudah pendaftaran dibuat oleh ejen masing-masing maka penyelia pusat ujian akan meminta wang sebanyak RM 10 untuk tujuan gambar, katanyalah. Tapi gambar sekeping pun tak pernah dibaginya. Kata pihak penyelia tempat ujian RM 10 tu wajib kena bayar. Kalau tidak nanti tak boleh buat lesen. Kata orang tu lah. Saya pun tak pasti. Apa yang pasti bagi saya pihak pusat ujian telah menipu calun. Mengapa saya berkata menipu. Yelah, kalau dah bayar RM 10 untuk gambar... mesti ada gambarnya. Ni habuk pun tak ada. Pas tu pusat ujian cakap lesen L boleh buat kat pusat ujian. Tak perlu pergi ke JPJ Padang Jawa. Tapi sampai sekarang mesin untuk buat lesen tu saya tengok tak boleh pakai pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan