Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

28 November 2010

Ujian Memandu Viva vs Kancil

Seperti sedia maklum kereta kancil sudah tidak dikeluarkan lagi. Jadi kebanyakan Institut Memandu akan membeli kereta Viva untuk tujuan pengajaran dan juga ujian memandu. Jadi bagi pengusaha sekolah memandu dan juga rakan niaga Institut Memandu masih menggunakan kereta kancil untuk tujuan pengajaran memandu. Maka timbulah rungutan daripada calon-calon yang ingin mengambil ujian memandu. Antara rungutan yang biasa saya dengar ialah En. saya belajar memandu pakai kancil...tapi ujian memandu guna Viva. Sebab tu la saya kandas ujian memandu. Maka saya pun terpaksa menerangkan kepada calon tersebut... Viva dengan kancil tu sama saiz jer... cuma nampak besar sikit jer...kalau adik pandai bawa kereta bagi la kereta apa pun mesti boleh bawa punya. Calon tadi pun berkeras juga mengatakan yang dia hendak juga belajar memandu menggunakan kereta Viva. Saya rasa cikgu dia mesti pening kepala dapat calon yang sedemikian rupa.
Cuba saudara dan saudari fikirkan... adakah sekiranya kita diuji mengunakan kereta kancil dan lulus ujian memandu dan apabila hendak membeli kereta nanti.. adakah saudara dan saudari hendak membeli kereta kancil juga. Begitu jugalah sekiranya tuan-puan diuji menggunakan kereta Viva adakah setelah mempunyai lesen memandu nanti tuan-puan akan membeli kereta Viva. Jawapanya tidak bukan. Jadi nasihat saya kepada bakal calon-calon yang ingin mengambil lesen memandu kereta ialah sebelum pergi berperang persiapkanlah diri dengan peralatan perang,....  ataupun seperti nasihat orang tua-tua dahulu...kalau ingin pergi merantau..penuhkanlah ilmu didada.


Untuk pertanyaan lesen memandu
Call/Sms - ZaidiBayu  014-6341444

atau
datang ke premis kami di
Seksyen 17 satu baris bank BSN dalam kedai Kodak.


Untuk senarai harga kereta sewa layari :
http://rentcarshahalam.blogspot.com/

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pelanggan encik tu betul.saya sendiri pn pernah alami perkara sama cuma beza nya saya bukan masalah berlainan jenis kereta.masih jugak kereta kancil tp bertukar2 kereta.maksudnya masa ujian parkir,naik bukit,jln raya kereta lain2.bila dh kereta lain2 tuh paham2 lah lain kereta lain plak clutch dia.tinggi/rendah..saya kantoi masa naik bukit..lepas berjaya parkir kami beratur kat naik bukit alih2 sampai turn terus bawak keta naik bukit.tak ke gila namanya kebetulan pulak kereta kancil tuh clutch dia rendah lain lah kalu kereta tuh kita dah biasa bawak n dah tahu tinggi rendah clutch nya.yelah kami ni baru jer bleh bawak kereta tu pn belajar stakat 8jam.masa mula2 bawak tuh mengigil tak ingat.

Cikgu Z berkata...

maaf tuan. kalau belajar 8 jam memang tuan belum boleh memandu lagi. 8 jam tu hanyalah asas memandu sahaja. jika dibandingkan dgn negara lain sepeti japan asas belajar memandu adalah 60 hours. sebab itu pemandu disana mempunyai kemahiran maemandu yang bagus. lagi banyak belajar memandu lagi banyaklah pengetahuan yang tuan dapat. bagilah kereta apapun, cluth pendek atau panjang isyaAllah tuan akan menjadi pemandu yang hebat.

Tanpa Nama berkata...

betul tu....hehehe