Ramai ibubapa calon yang belajar memandu kereta merungut kepada saya kerana jumlah jam belajar untuk memandu kereta adalah terlalu sedikit. Iaitu diantara 8 jam hingga ke 10 jam sahaja. Macamana anak saya nak pandai memandu hanya dengan belajar memandu selama 8 jam sahaja. Memang betul apa yang diperkatakan oleh ibubapa calon tersebut, Ikut secara logik pun anda tidak akan pandai memandu sekiranya belajar memandu hanya selama 8 jam sahaja. Terutamanya bagi calon perempuan dan wanita yang berumur 30 tahun ke atas. Bagi calon lelaki bagi saya tiada masalah kerana kebanyakanya sudah mempunyai asas mnemandu kereta sebelum mendaftar belajar dengan sekolah memandu.
Tetapi itulah masa belajar memandu yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ. Cara kiraan JPJ adalah seperti berikut:
- 6 jam untuk kursus teori amali. Calon hanya didedahkan dengan asas pemanduan selama 3 jam dan 3 jam lagi adalah teori.
- 8 jam latihan memandu setelah mendapat lesen L.
- 2 jam lagi adalah QTI.
- Jumlah jam semua adalah 16 jam.
Tetapi sebelum Institut Memandu ditubuhkan calon belajar memandu kereta diwajibkan belajar memandu selama 16 jam solid. Jadi saya cadangkan kepada ibubapa calon tersebut supaya berjumpa dengan KP JPJ supaya merombak jumlah jam yang 8 jam tu ditambah supaya menjadi lebih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan