Pernahkah anda berurusan di kaunter JPJ samada untuk memperbaharui lesen memandu, cukai jalan atau urusan mengenai saman. Adakah anda berpuashati dengan layanan yang di terima. Maksudnya dari segi mutu perkhidmatan cepat atau lambat prosesnya. Bagi saya yang setiap hari berurusan dengan kaunter JPJ ada sahaja undang-undang baru diperkenalkan. Peraturan yang terbaru adalah untuk wakin/ejen sekolah memandu yang hendak membuat lesen hendaklah membawa pas yang dikeluarkan oleh pihak jpj dan perlu mengambil nombor giliran. Bagi saya ia adalah sesuatu yang bagus.... tapi bolehkah ia dilaksanakan. Sepanjang selama 10 tahun lebih saya berurusan perkara ini hanya dilaksanakan sekejap sahaja umpama biskut chipsmore...sekejap ada...sekejap tak ada... .
Seperkara lagi saya berharap pihak jpj mewajibkan setiap wakil/ejen sekolah memandu hendaklah berpakaian kemas semasa berurusan seperti berkasut, seluar panjang, baju berkolar. Apa yang kita lihat sekarang ada diantara mereka hanya berseluar pendek dan berselipar sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan