Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

01 Julai 2010

Promosi Lesen Memandu Kereta

Promosi belajar memandu kereta. Keutamaan untuk pelajar Uitm, Kolej, Sekolah dan sebagainya.
Pengangkutan di sediakan. Untuk area Shah Alam sahaja. Dari tempat lain pun boleh.
Harga pakej yang di tawarkan adalah RM 770.00.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU.

Step 1.
Buat pendaftaran. SMS, Call atau email.

Step 2.
Menghadiri Kursus KPP. Bermula jam 8 pagi - 4 petang. Pakaian hendaklah kemas, baju berkolar dan berkasut bagi lelaki. Bayaran sebanyak RM 250.00.

Step 3.
Ujian Berkomputer. Markah lulus 42/50. Sekiranya kandas bayaran ulangan RM 40.00.

Step 4.
Menghadiri Kursus bengkel Teori dan Amali. Bermula jam 8 pagi hingga jam 4 petang. Boleh membuat pilihan samada hendak balik jam 1 atau jam 4. bayaran RM 200.00.

Step 5.
Proses untuk mengeluarkan Lesen L. Biasanya Lesen L boleh dikeluarkan dalam masa 10 hari bekerja.

Step 6.
Belajar memandu. Pakej jam yang ditawarkan adalah 8 jam. Satu hari untuk seisi memandu adalah 2 jam sahaja. Bayaran adalah sebanyak RM 250.00. Sekiranya calon belajar melebihi 8 jam, setiap tambahan 1 jam RM 20.00.

Step 7.
Ujian QTI. Ini adalah ujian kelayakan sebelum menduduki ujian sebenar JPJ. Calon akan diuji dahulu oleh penguji yang berkelayakan. Sekiranya kandas ujian kelayakan calon tidak boleh untuk menempah untuk menduduki ujian JPJ. Bayaran ulangan untuk QTI adalah sebanyak RM 45.00.

Step 7.
Ujian Praktikal JPJ.
Sekiranya calon kandas bayaran ulangan adalah sebanyak RM 130.00.

Step 8.
Proses untuk mengeluarkan lesen P. Biasanya lesen P boleh di keluarkan  selepas 5 hari bekerja.
Bayaran RM 70.00.

Berminat.
Sila hubungi   pahlawannaga 014-6341444
atau datang ke premis kami di

SEKOLAH MEMANDU BAYU
48A, Tingkat 1, Jalan Ria 25/62
Seksyen 25, Shah Alam
Selangor
zaidibayu@gmail.com

Tiada ulasan: