Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

03 Julai 2010

Pemandu kat Malaysia tak ada otak.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana tajuk catatan ini agak kasar bahasanya. Kadang-kadang marah pun ada, tension pun ada mengenangkan pemandu-pemandu yang ada kat Malaysia ni. Bukan semua pemandu tapi segelintir sahaja.

Bukanya apa semasa berhenti di persimpangan jalan yang mempunyai lampu isyarat dan apabila lampu hijau menyala sekiranyaa kita terlambat sedikit sahaja untuk memulakan perjalanan maka akan kedengaranlah bunyi yang kurang menyenangkan dapat didengar. Iaitu bunyi hon yang bertalu-talu. Rasanya macam nak bagi pelempang jer orang yang ada kat belakang tu. Tapi nanti orang akan berkata pulak kat aku... dua-dua sama jer tak ader otak. Bangang punya orang, pasal tu pun nak gaduh ker.

Saudara dan saudari sakalian, mengikut pengetahauan saya yang tak seberapa ni, apabila lampu hijau menyala sahaja selepas 3 saat baru kita boleh memulakan perjalanan. Adakah kita sebagai pemandu yang berada di Malaysia yang tercinta ini ada menggunakan peraturan ini. Kebiasaanya pemandu Malaysia akan melihat lampu kuning yang berada di sebelahnya dan bukan melihat lampu hijau yang berada di hadapanya.

Lagi satu yang biasa saya lihat adalah pengunaan lampu kecemasan. Biasanya semasa hujan lebat maka banyaklah pemandu kita yang tak ada otak ni menyalakan lampu kecemasan. Tahukah saudara dan saudari sakalian masa bilakah lampu kecemasan patut digunakan. Adakah hujan itu satu kecemasan. Tanyalah diri saudara dan saudari sakalin.

Tiada ulasan: