Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

31 Ogos 2010

AIR DLM BOTOL BAHAYA

Sila Ambil Perhatian

Jangan minum air minuman dalam botol yg dibiarkan lama dalam kereta ya.
Sebabnya......baca dibawah.
Assalamualikum para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!
Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil dlm
acara Ellen Show.
Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada
kanser payudara,terutama di Australia.
Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini.
Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama
berada di dalam kereta.

Daun Yang Merbahaya

           
Salam,Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anakdan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya andamenanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta.Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempatyang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat bolehmembunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Tabik Setan

Mari lah kita didik anak-anak bangsa kita -supaya tidak jahil... ~ jangan main ikut2 style artis & idola mereka....
TABIK SETAN/ Satanic Salute




Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.




Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.








Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above

30 Ogos 2010

Memperbaharui Lesen GDL atau PSV

Bermula pada tarikh hari ini JPJ Selangor telah mengeluarkan arahan iaitu apabila hendak memperbaharui lesen memandu GDL atau PSV lesen CDL mestilah tempoh hidupnya kena 1 tahun lebih. Sebagai contoh lesen CDL kita akan tamat pada 12.12.2010. Dan tarikh pada hari ini adalah 30.08.2010. Maksudnya lesen kita ada lebih kurang 4 bulan lagi baru tamat tempohnya. Jadi kita terpaksalah kena tambah atau memperbaharui lesen CDL kita tu 1 tahun lagi menjadikan tempoh lesen kita menjadi 1 tahun 4 bulan. Barulah lesen GDL atau PSV kita dapat diperbaharui. Jadi saranan saya kepada pemegang-pemegang lesen GDL atau PSV kalau nak memperbaharui lesen CDL tu terus hidupkan yang paling maksima sekali iaitu 5 tahun terus. Bagi JPJ negeri lain selain dari Negeri Selangor tak pasti pula saya. Adakah arahan ni dikeluarkan untuk semua negeri. Tu kena tanya dengan tuan KP untuk kepastian.
Kadang-kadang saya terfikir juga kenapa dengan JPJ ni, dah tak ada duit ke....
Syarat untuk memperbaharui lesen GDL/PSV
1.  Medical Check- UP ( dapatkan borang medical dari sekolah memandu )
2.  Fotostat K/P dan juga semua jenis lesen memandu.
3.  Bawa lesen GDL atau PSV yang original.
5.  Bayaran adalah RM 20.
6.  Pastikan lesen memandu CDL tempohnya melebihi 1 tahun.

Di Ambang Malam Merdeka.

Setelah 53 tahun merdeka... apakah pencapaian terbaik bagi orang-orang melayu. Kalau hendak difikirkan mengikut logik akal ni sepatutnya tiada lagi orang melayu yang masih lagi miskin dalam Malaysia ni. Rasanya duit zakat ada berjuta-juta takanlah tak boleh bantu orang melayu yang miskin ni untuk menaikan taraf hidupnya. Apa yang saya tau, apa yang saya selalu dengar dan lihat orang melayu ni semuanya berada di tempat pertama. Diantaranya adalah buang bayi. Orang yang paling ramai buang bayi ni adalah orang melayu. Begitu juga dengan orang yang tiada berbin atau berbinti. Maksudnya anak luar nikah. Pernah sekali tu saya dengar ceramah ugama ustaz yang berceramah tu bagitau anak luar nikah kat Malaysia ni sama dengan penduduk negeri Perlis. Orang melayu jugalah paling ramai menjadi penagih dadah. Tak habis-habis dengan dadah. Orang melayu jugalah paling ramai dalam penjara. Kalau tak percaya pergi tengok. Antara kesalahan yang biasa kita dengar adalah rogol. Rogol sape, rogol anak... Apa nak jadi dengan orang kita ni. Bagi anak-anak muda melayu sekarang ni yang paling top adalah gejala mat rempit. Orang yang malas bekerja pun yang paling ramai adalah orang melayu jugak. Banyak lagilah kalau nak diikutkan... Cuba lihat sekeliling dan jeling-jelinglah orang melayu kita.
Jangan marah yer orang melayu. Merdeka...Merdeka....MERDEKAAA........
Sentiasa awasi anak-anak kita. Begitu juga kita sebagai pemandu sentiasa selalu berwaspada apabila berada di atas jala raya

PETAK KUNING



Tepuk dada tanya diri sendiri.....

29 Ogos 2010

Panduan Pencegahan Jenayah - Pecah Rumah

Hari raya semakin hampir. Kebanyakan kita yang berada di bandar akan pulang ke kampung masing-masing. Di sini saya senaraikan beberapa perkara supaya rumah kita tidak dipecah masuk oleh pencuri.

CARA MENCEGAHNYA:

PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL

· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.

· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.

· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.

· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.

Ops Sikap ke 22

Setibanya musim perayaan pastinya pihak polis akan memantau sikap pemandu-pemandu dengan mengadakan Ops Sikap, dimana bagi lebaran kali ini adalah yang ke-22 yang bermula dari 3 hingga 17 September 2010.

Pada Ops Sikap ke-22 pihak polis telah menempatkan anggotanya secara statik di 100 lokasi ‘hot spot’ Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri serta 33 lokasi di Lebuhraya. Polis yang ditempatkan di Jalan Persekutuan dan Negeri akan bertugas selama 12 jam manakala di lebuhraya selama 24 jam.
Dalam pada itu, pihak polis memberi jaminan pihaknya tidak akan mengadakan sekatan jalan sepanjang ops ini. Selain memantau dari aspekelancaran trafik pihak polis juga ingin memastikan pengguna jalanraya berada dalam keadaan selamat dan untuk mengelakkan berlakunya jenayah.

Ruj dari mstar.com

Beza antara saman JPJ dan PDRM

Saman JPJ vs Saman PDRM
Sekiranya anda disaman oleh pegawai JPJ risikonya adalah amat tinggi. Ini kerana bayaran kompoun JPJ adalah mahal berbanding saman PDRM. Sebagai contoh, anda memandu tidak memakai tali pinggang keledar. Saman yang dikenakan oleh pihak JPJ adalah sebanayak RM 300, manakala saman oleh pihak PDRM adalah sebanyak RM 70.
Penyenaraian hitam bagi pihak JPJ adalah serta merta. Maknanya di sini sekiranya anda disaman oleh JPJ dan tidak membayar kompoun maka lesen memandu atau cukai jalan anda tidak boleh diperbaharui. Bagi saman PDRM senarai hitamnya lambaat sedikit.
JPJ boleh mengeluarkan 2 saman sekaligus pada satu kesalahan. Sebagai contoh, anda mempunyai kereta dan kawan anda telah meminjam kereta anda.

Statistik Jumlah Pemandu di Malaysia.

Jumlah Pemandu Terkumpul

Tahun                Pemandu Terkumpul

Tahun 2005            9928238

Tahun 2006            10351332

Tahun 2007            10769531

Tahun 2008            11227144

Tahun 2009            11697306



Jumlah Pemandu Mengikut Tahun
 
Tahun                   Pemandu

Tahun 2005             427991

Tahun 2006             423094

Tahun 2007             418199

Tahun 2008             457613

Tahun 2009             470162

Melihat jumlah angka yang di atas, didapati pertambahan pemandu baru pada setiap tahun adalah meningkat.. Ini bermakna jumlah kemalangan akan meningkat juga pertambahanya. Dalam kata lain juga penndapatan untuk Jabatan Penganngkutan Jalan juga meningkat. Jadi anda sebagai pemandu di luar sana sentiasalah berhati-hati semasa memandu di jalanraya. Jadilah seorang pemandu yang bertimbang rasa..

Bantuan ke Gaza

Pengalaman En. Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni.

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel.

28 Ogos 2010

Orang kafir masuk masjid/surau

Belum habis cerita panas mengenai Khatib Zakaria Ahmad yang menimbulkan kontroversi kerana doanya ke atas KM P.Pinang timbul pula cerita AP Serdang Teo Nie Ching memberi tazkirah Ramadhan di Surau Al-Huda Kajang Central Ahad lau. Presiden Perkasa terus mengecam AJK surau tersebut kerana telah memalukan Islam.. Kalau nak dikiralah, peristiwa tersebut berlaku minggu lepas. Dah lepas satu minggu baru berita ni menjadi panas. Kira lambat jugalah sistem jalur lebar yang ada kat Malaysia ni. Cuba ahli-ahli bijak pandai fikirkan. Akibat tindakan AP Serdang tesebut Sultan Selangor telah murka dan menitahkan Majlis Agama Islam Islam Selangor mengambil tindakan segera dan tegas ke atas Surau Al-Huda. Pihak Mais juga telah membuat keputusan mengambil alih pengurusan pentadbiran surau tersebut. Mengikut siasatan pihak Mais memang benar pihak pengurusan surau tersebut telah membenarkan AP Serdang memberikan ucapan. Tetapi bagi AP Serdang tersebut beliau menjelaskan pergi ke Surau Al Huda adalah untuk menyampaikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan menaik taraf. Beliau juga telah menafikan telah memberikan ceramah berbaur politik di surau tersebut. Ayuh ... sama-samalah kita fikirkan mana yang betul dan mana yang tidak betul

26 Ogos 2010

Mandi Wajib atau Junub

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul…..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Negara rugi RM9b nahas jalan raya.

Setiap tahun negara akan kerugian antara RM8b hingga RM9b akibat kemalangan jalan raya. Begitulah yang dinyatakan oleh KP JKJR, Dato' Suret Singh. Percaya atau tidak tapi itulah hakikatnya. Bagi tahun 2009 sahaja kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM 9.3b apabila seramai 6,745 mangsa terkorban 8,849 lagi cedera parah akibat kemalangan jalan raya. Kalau dicampurkan jumlahnya 15,594 terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2009. Ini bermakna satu bulan jumlah yang terlibat dengan kemalangan jalan raya adalah seramai 1,300 orang manakala dalam satu hari seramai 43 orang terlibat dalam kemalangan. Itu belum dicampur dengan jumlah kemalangan yang tidak di buat report. Kemalangan yang tertinggi adalah melibatkan pembonceng dan penunggang motorsikal. Kalau kita lihat pula penunggang dan pembonceng motorsikal ni yang paling ramai adalah orang melayu. Yang kedua orang India manakala orang cina boleh dikira dengan jari. Ada orang bertanya kenapa negara boleh rugi akibat orang yang mati akibat kemalangan. Dato' Suret Singh menyatakan anggaran kerugian itu dibuat berdasarkan beberapa aspek seperti bayaran pampasan insurans, kos perubatan, kerugian tenaga kerja dan produktiviti. Apabila sesuatu kemalangan berlaku negara akan kehilangan nyawa, masa, dan harta. Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapakatkan sifar kemalangan dalam satu hari. Diharap Dato' KP dapat menjalankan kempan sifar kemalangan dalam satu tahun. Ada sesetengah ulama dan orang-orang alim mencadangkan untuk mengelakan kemalangan kena ikut sunnah nabi. Para ulama menyarankan kita kena ikut lorong kanan. Maknanya kita kena ubah sistem jalan raya yang ada sekarang ni. Dan kereta yang digunakan pula stereng di sebelah kiri. Selagi tidak mencuba bagaimana kita nak tau keputusanya.

17 Ogos 2010

Ujian Berkomputer

Sesetengah orang memanggilnya ujian L/Ujian statik/test meja dan macam-macam lagilah. Tak kira apa pun panggilanya setiap calun hendaklah mendapatkan 42 jawapan yang betul darpada 50 soalan. Barulah dikira lulus ujian tersebut. Pusat yang menyediakan perkhidmatan ini adalah mySpeed.com./myegService/Rilek centre.

Lesen memandu Lori kelas E

Saya nak tambah sikit lagi berkenaan dengan lesen lori ni. Ada sesetengah calun masih tidak faham lagi. Umur untuk mengambil lesen lori mestilah genap 21 Tahun. Mesti mempunyai lesen kelas D sudah genap 1 tahun. Mesti lesen CDL maksudnya bukan lesen P.

11 Ogos 2010

Lesen Memandu PSV

PSV dalam bahasa Inggerisnya adalah passenger service vehicle. Dalam bahasa melayunya adalah lesen kenderaan pengangkutan awam. Lesen PSV terbahagi kepada tiga. 1. Lesen PSV Teksi/Kereta Sewa/Limosin. 2. Lesen PSV Van/Bas Mini. 3. Lesen Bas Besar.

04 Ogos 2010

Lesen Memandu Trailer.

Lesen trailer dalam bahasa seninya adalah lesen GDL Bersendi. Maksudnya kalau ada orang bertanya lesen trailer atau bersendi maka kedua-dua benda tu adalah sama sahaja.Perkara utama untuk mendapatkan lesen Trailer ni mestilah mempunyai lesen memandu kelas E, berumur 21 tahun, tidak cacat, sihat tubuh badan. Harga dalam RM 1000.00. Ujian memandu di Shah Alam.