Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

03 Julai 2010

Lesen memandu Lori kelas E

Apakah yang dimaksudkan dengan lesen memandu kelas E. Ada sesetengah orang memanggilnya lesen E Full. Bagi saya tiada istilah E Full. Cuba lihat lesen kereta anda. Lihat dibelakangnya, ada disenaraikan semua jenis lesen  dari kelas A hingga kelas M. Maksud lesen memandu kelas E adalah Motorkar Berat BTM melebihi 7500 kg. Apakah itu BTM. BTM adalalah berat tanpa muatan manakala maksud melebihi sini pula adalah kurang ataupun lebih dari 7500 kg . Maksudnya di sini anda boleh membawa kenderaan yang beratnya 3000 kg ataupun beratnya 11000 kg. Harus di ingat motorkar yang dibawa haruslah tiada barang. Kalau hendak membawa barang anda hendaklah mempunyai satu lesen lagi iaitu Lesen Memandu Kenderaan Barang-Barang ataupun nama glamournya GDL.

Syarat-syarat untuk mengambil lesen memandu kelas E.
1.   Mesti berumur 21 tahun ke atas.
2.   Lesen kompeten kelas D mestilah sudah melebihi satu tahun.
3.   Menghadiri kursus Teori dan Amali untuk mengeluarkan lesen L.
4.   Belajar memandu Lori.
5.   Ujian praktikal JPJ.

Harga RM 800.00.
Nanti saya sambung pula bagaimana caranya untuk mengambil lesen GDL.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BOLEH KER SY TIADA LESEN LORI LANGSUNG MENGAMBIL LESEN E FULL?? TAPI SAYA ADA LESEN D

Cikgu Z berkata...

umur 21, lesen D jangan lesen P. Lesen D tu jugak mesti dah setahun lepas P

Tanpa Nama berkata...

saya dah ade lesen gdl kelas d,bole x amik lesen e full?

Tanpa Nama berkata...

Saya nak bawa lori traler (sesendi)adakah lesen E sudah memadai

Zaidi bayu berkata...

E x cukup bro. kena ada lesen treler

Unknown berkata...

Saya nak tanya saya ada lesen kelas E,tetapi lesen GDL saya masih D:BTM <=3500 KG...
Jadi apa kh langkah2 Yg patut saya buat,untuk megubah lesen GDL saya menjadi,,,,GDL,,,,E:BTM >= 7500 KG

Tumpang tanya berkata...

Kalau lesen D terus ambil lesen E tapi belum ada GDL boleh bawa barang ke klu sudah dapat lesen E tpi ada GDL?

Unknown berkata...

Nak tanya, sy dah ada lesen psv E bas BTM >7500KG,dan juga psv D teksi/teksi mewah/kereta sewa/e-hailing, soalan sy, adakah sy boleh memandu dan bawa penumpang menggunakan van sekolah atau bas mini sekolah/bas kilang.?.

Samsol Zainal Abidin berkata...

Saya nak tanya kenapa ada orang kata lesen e full .ada beza ke dengan lesen e..

Abdul rahman berkata...

nak tanya.sekiranya dah ada lesen E full adakah perlu untuk ambil lesen GDL lagi?
Apakah perbezaan antara lesen E dgn E Full ?