Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

05 Julai 2010

Lesen Memandu GDL

Lesen memandu GDL dalam bahasa melayunya adalah lesen memandu kenderaan barang-barang. Lesenya berwarna hijau muda. Tiada gambar. Kegunaan lesen ini adalah apabila kita membawa lori perdagangan dengan muatan. Kalau kita lihat lori perdagangan di tepi pintunya akan ada ditulis BDM dan BTM. BDM bermaksud barang dengan muatan manakala BTM pula barang tanpa muatan. Di dalam lesen GDL akan ditulis kelas lesen memandu mengikut kelas lesen kompeten yang kita miliki.


Sekiranya lesen CDL kita mempunyai kelas B2 dan D maka di dalam lesen GDL tersebut akan di tulis B2 : MOTOSIKAL <= 250 SP manakala D : BTM <= 3000 kg. Sekiranya terdapat kelas E pula akan ditulis begini E : > 7500 kg ( BERAT KEJUR ) maksudnya bukan lori Trailer. Syarat untuk memohon lesen GDL adalah seperti berikut,
1.   Mempunyai lesen CDL kelas B2, D atau D sahaja atau B2,D,E. Maksud           telah habis Lesen P
2.   Berumur 21 Tahun.
3.   Warganaegara ataupun Penduduk Tetap.
4.   Lulus pemeriksaan doktor.
5.   Menghadiri Kursus.
6.   Menghadiri UJian Teori.
7.  Bayaran RM 180.00.

Catatan seterusya adalah lesen memandu GDL bersendi atau Trailer.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

As salam jika sya ada 4x4 berdaftar atas nama sya sendiri...sya tidak ada syarikat...bolehkah sya bawa muatan di 4x4 sya itu...barang sendiri contoh durian atau buah buahan dari kampung