Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

24 Disember 2010

Hendak Renew Lesen GDL atau PSV

Kebanyakan pemegang lesen memandu GDL atau PSV masih belum tahu akan peraturan baru yang diguna pakai oleh JPJ Selangor baru-baru ini. Peraturan tersebut adalah atau iaitu apabila seseorang pemegang lesen GDL atau PSV lesen CDLnya tempoh hidupnya hendaklah melebihi 1 tahun. Sekiranya kurang tak boleh renew. CDL kena tambah 1 tahun dulu. Begitu juga bagi yang permohonan lesen GDL/PSV baru. Apa punya peraturan ni. Ini dah dikira menyusahkan rakyat. Adakah arahan ini datangnya dari Ibu Pejabat atau Kementerian. Kalau bukan pihak yang bertanggungjawab....sila pantau,....ambil tindakan.... supaya tidak menyusahkan.

JPJ Melawat Ke IM ManduCekap





































JPJ akan datang melawat ke Institut ManduCekap di Shah Alam pada 28.12.2010.

08 Disember 2010

Sistem no giliran di kaunter JPJ

Pihak JPJ telah memperkenalkan sistem nombor kepada kepada semua ejen sekolah memandu dan juga kepada ejen syarikat yang lain untuk membuat urusan lesen memandu dan cukai jalan. Tapi sistem nombor yang diperkenalkan adalah menyakitkan mata dan hati saya. Manakan tidak.........


Sebagai contoh .... Ejen A, B, C, D, E, terdapat lima ejen di situ. Saya adalah ejen F. Bila saya ambil no giliran, no saya contohnya 20. Masa mununggu lagi 20 lah. Cuba lihat apa yang berlaku. Terdapat hanya 6 ejen termasuk saya tapi giliran menunggu masih 20. Rupa-rupanya ejen A hingga ejen E telah mengambil nombor giliran banyak kali. Lepas ejen A buat lesen hingga ejen E, maka ejen A buat lagi mengikut pusingan mereka yang yahudi tu.Kalau beginilah caranya baik pihak JPJ jangan perkenalkan sistem ni. Menyusahkan. Terasa saya seperti di buli. Takanlah saya hendak membazirkan masa menunggu ejen A hingga E tadi buat lesen sehingga JPJ tutup kaunter. Pihak yang bertanggugjawab sila pantau................ ingat apa itu objektif JPJ.

05 Disember 2010

Lesen Gerenti Lulus.

Setiap kali calon yang datang untuk mendaftar samada melalui telefon atau sebagainya soalan pertama yang di tanya adalalah ' ni gerenti lulus ke'. Kadang-kadang saya pun tak paham dengan ayat tersebut. Saya tanya balik ' gerenti yang macam mana tu. '. Gerenti sampai lulus la bang. Baru lah saya faham yang dimaksudkan oleh calon tersebut. Ini adalah hasil penagan  promosi yang dilancarkan oleh Metro Driving Akademi. Namanya gah satu Malayu. Sape yang tak kenal dengan Merto. Sampai KL Rapid pun nak dibelinya. Seperti yang kita ketahui trademark Metro adalah Gerenti Sampai Lulus. Ikalanya berada di mana-mana, dibelakang bas, dibelakang majalah, di stesen radio dan sebagainyalah. Maksudnya di sini walaupun anda gagal ujian memandu, anda kena ambil ulangan lah sampai anda lulus ujian memandu. Harga yang dikenakan juga pun memang berbaloi-baloi lah. Kalau harga RM 770 mana nak dapat pakej gerenti sampai lulus. Kalau tak silap saya harga yang dikenakan oleh Metro Driving adalah RM 1399. Kalau tak silaplah. Kalu silap tolong betulkan. Harap maaf. Diharap kepada semua calon faham dengan ayat gerenti sampai lulus.

04 Disember 2010

Umur untuk mengambil lesen memandu.

Untuk lesen memandu motorsikal 16 tahun.
Untuk lesen memandu kereta 17 tahun.
Untuk lesen memandu lori dan vokasional 21 tahun.