Kereta Sewa Shah Alam

Pendaftaran

Powered by 123ContactForm | Report abuse

25 September 2010

Bagaimana untuk mendapatkan lesen L

Langkah pertama hendaklah menduduki kursus KPP. ( Kurikulum Pendidikan Pemandu ) Jam yang diwajibkan adalah selama 5 jam. Langkah kedua menduduki ujian berkomputer. Markah lulus adalah 42/50. Masa yang diberikan selama 45 minit. Langkah ketiga menghadiri kursus Teori dan Amali. Jam yang diwajibkan adalah selama 6 jam. Sekiranya ingin memiliki lesen L kelas B perlu menghadiri kursus teori amali kelas B dan sekiranya ingin memiliki lesen L kelas D pula perlu menghadiri kursus teori amali kelas D pula. Lesen l akan dikeluarkan selepas 10 hari bekerja.

Lesen L

Lesen L adalah bermaksud Lesen Belajar Memandu. Kepada sesiapa yang ingin belajar memandu untuk kenderaan darat perlulah mendapatkan Lesen L terlebih dahulu. Kelas - kelas lesen L adalah A,B,B2,C,D,E,F,G,H,I. Hanya lesen L kelas B,B2 sahaja yang dibenarkan menaiki motorsikal. Dengan syarat menampal stiker L hadapan dan belakang dan perlu menaiki seorang diri sahaja. Lesen L lain -lain kelas tidak dibenarkan memandu seorang diri. Perlu diselia oleh pengajar pemandu yang bertauliah. Jangka hayat hidup mati lesen L adalah selama 2 tahun sahaja. Tempoh 2 tahun iti dikira dari tarikh lulus ujian berkomputer. Dalam masa 2 tahun mestilah mendapatkan lesen P. Sekiranya selepas 2 tahun masih tidak memiliki Lesen P maka kena mohon Lesen L semula.

22 September 2010

Lesen Memandu Malaysia

Hanya terdapat 5 jenis lesen memandu sahaja yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Badan berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk pengeluaran lesen memandu adalah Jabatan Pengangkutan jalan Malaysia.

1.   Lesen L
2.   Lesen P ( Lesen Percubaan )
3.   Lesen CDL
4.   Lesen Vokasianal ( GDL, PSV, Konduktor.)
5.   Lesen Antarabangsa. ( IDP )

18 September 2010

Gurau-Gurau Hari Raya

Lesen Kereta nak Tambah Motorsikal.

Sudah memiliki lesen kerete (D). Tapi lesen motorsikal tak ada. Macamana nak buat. Langkah pertama kena cari lesen L yang lama tu.Ada kelas B2 atau B tak. Kalau ada lesen L tu kena la renew. Baru boleh belajar motorsikal untuk tambah kelas. Kalau tak nak belajar pun boleh. Tapi kena tampal L la kat motor tu depan dan belakang. Lepastu kena naik seorang sahaja.
Langkah kedua pula kalau Lesen L yang lama tu tak ada kelas B/B2. Anda terpaksalah mengikuti kelas Teori dan Amali  Kelas B2 atau B. Baru Lesen L kelas B2 atau B dapat dikeluarkan. Harus diingat kelas B2 kelas cc adalah di bawah 250cc manakala kelas B semua kelas cc. Sesudah dapat L barulah boleh belajar memandu motorsikal. Langkah ketiga. Menduduki ujian praktikal JPJ. Terdapat 2 bahagian. Bahagian 2 terdiri daripada meniti atas titi, kon, brek kecemasan, pusingan angka 8 dan selekoh tajam. manakala bahagian 3 adalah menunggang di atas jalan raya.


Contoh Lesen L yang mempunyai semua kelas Lesen Memandu.

07 September 2010

Alahai PDRM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang hanya tinggal seminggu untuk bersara akhinya membuka mulut meluahkan apa yang beliau lihat sebagai wujudnya tekanan dan campur tangan daripada pihak ketiga di dalam urusan polis selama ini, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai antara pihak yang terlibat. Maka terfikirlah oleh saya yang tak berapa pandai sangat ni, tapi sekolah tinggi 5 tingkat. Patutla selama ni kalau kita lihat apabila parti politik pembangkang ingin membuat ceramah umum permit tidak diluluskan, tapi kalau parti kerajaan bila-bila masa pun boleh bagi ceramah umum. Selama ni rupanya PDRM menerima tekanan politik dari pihak-pihak yang tertentu. Nak ulas lebih pun tak boleh nanti kena tahanan pulak. Paham-paham jelah. Untuk maklumat lebih terperinci layari  http://singalautmetro.blogspot.com/

06 September 2010

Sambutan Merdeka di Kelantan



Sambutan hari kemerdekaan di Negeri Kelantan. Sungguh berbeza dengan negeri-negeri lain.

Bahana Kedai Mamak

Sebagaimana semua sedia maklum, saya mempunyai ramai pelanggan. Pagi tadi saya telah berborak mengenai penyakit-penyakit 60-an bersamanya.

04 September 2010

Ops Sikap






Ops Sikap pada 03.09.10.
10 maut.
7 yang maut tu adalah penunggang dan pembonceng motorsikal.
04.09.10. Maut 23 .
14 maut adalah penunggang motorsikal.
05.09.10. Maut 11.
3 maut adalah penunggang motorsikal.
06.09.10. Maut 14.
10 maut adalah penunggang motorsikal.

Dalam masa 4 hari sahaja 34 penunggang motorsikal maut akibat kemalangan jalan raya. Ini bermakna penungang motorsikal yang berada di atas jalan raya di Malaysia ini bolehlah dikatakan sebagai pencari maut.

Hargailah Seorang Isteri

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

 Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

03 September 2010

999

SALAM SEMUA

JIKA ANDA DIGANGGU ATAU DITIMPA MUSIBAH DI LEBUHRAYA TERUS HUBUNGI NO NO  INI....WALAU BAGAIMANA PUN NO 999 TETAP BOLEH DIGUNAKAN CUMA NO NO TEL INI TERUS KE KERETA PERONDA....BIASANYA KALAU KITA CALL 999 DIA ORG AKAN MINTAK NO TEL KITA DAN PUSAT OPERASI AKAN HUBUNGI PERONDA DILOKASI KITA DAN PERONDA AKAN HUBUNGI KITA MELALUI NO NO TEL YG DIBEKALKAN DLM KERETA PERONDA....PROSES INI AMBIL MASA HAMPIR 15 MINIT....OLEH ITU TERUS JER CALL NO NO TEL INI INSYAALLAH MUNGKIN PERONDA ITU BERADA BERHAMPIRAN
KITA.....PRINT BESAR BESAR SIMPAN DLM KERETA ATAU SAVE DLM HANDSET KITA......

Tempat Telefon
1. Bukit Kayu Hitam-Alor Setar-Sungai Petani
    013-3836002

2. Butterworth- Kulim-Bandar Baru
    013-3836003

3. Jawi-Changkat Jering- Ipoh
    013-3836005

4. Ipoh-Tapah-Tanjung Malim
     013-3837140

5. Tanjung Malim-Sungai Buloh-Bukit Raja
    013-3836009

6. Sungai Besi-Seremban- Ayer Keroh, Seremban-Port Dickson
    013-3837144

7. Ayer Keroh-Pagoh- Ayer Hitam
    013-3837143

8. Ayer Hitam-Senai- JB, Taman Perling-Tg Kupang (Second Link)
     013-3836016

9. KL-Klang, Shah Alam-Nilai-Sepang
    013-3836017

 10. Sri Petaling-Klang, Damansara-Puchong Sprint (Kerinchi Link)
       013-3836018

11. KL-Karak
       019-3244010

02 September 2010

FB hina Allah

Pihak berkuasa sila buka mata. Ambil tindakan. Ini satu perbuatan yang kurang ajar.

Merancang Perjalanan Balik Raya

Perjalanan yang dirancang dengan betul boleh melahirkan perjalanan yang sempurna dan menyeronokan. Perkara-perkara yang perlu dirancang adalah :
1.   Masa perjalanan
2.   Keadaan mental dan fizikal.
3.   Keadaan kenderaan.
4.   Tempat berhenti rehat.
5.   Barang keperluan untuk perjalanan.

Tips Perjalanan Selamat Balik Kampung.

Seperti sedia maklum hari raya akan jatuh pada 10.09.2010 hari Jumaat. Maka seluruh warga kota akan pulang menuju ke kampung halaman masing-masing. Di sini saya berikan beberapa tips untuk perjalanan balik kampung. Kebanyakan sektor swasta akan mendapat cuti lebih panjang daripada sektor kerajaan.
Antara tips yang penting adalah,
1.   Rancang perjalanan.
Seelok-eloknya kita bergerak pada waktu malam. Kerana pada waktu malam kenderaan yang berada di atas jalan raya tidak banyak. Ini akan melancarkan perjalanan kita. Tapi harus diingat jangan balik kampung pada malam raya. Kerana pada malam raya jalan akan terlalu sibuk sehinggakan pernah dulu saya tersekat dari Tol Gombak hingga ke Tol Bentung.

Terkedu

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.
Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

01 September 2010

Ujian Praktikal JPJ

Seperti yang sedia maklum hari raya akan jatuh pada tanggal 10.09.2010 hari Jumaat. Sumua aktiviti berkaitan ujian praktikal JPJ akan dibatalkan mulai 04.09.10 hinnga 17.09.2010. Ini berikutan semua pegawai penguji akan terlibat dalam operasi balik kampung hari raya.

Jin

Untuk Pengetahuan Kita Bersama.... Dari Uztaz Ismail Kamus.

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.
Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong..... ." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan.. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu .. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal disitu. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) .